Thursday, December 21, 2023

URUSAN PENCEN | KEMATIAN DALAM PERSARAAN




Assalamualaikum wbt. Saya baru sahaja selesai menguruskan pencen persaraan arwah ayah saya. Dan disini saya ingin berkongsi cara dan langkah untuk menguruskan pencen yang meninggal dalam persaraan. Dimana orang yang layak menerimanya adalah balu/duda dan juga anak yang berusia tidak lebih daru 21 tahun (betulkan saya kalau saya tersilap).

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memaklumkan kematian kepada unit khidmat pelanggan KWAP dengan segera. Unit khidmat pelanggan KWAP boleh dihububgi di talian 03-8887 8777. 
Kedua. Waris hendaklah mengisi borang 16 dan 17 bagi urusan pembayaran pencen yang boleh di download di laman portal rasmi bahagian pencen JPA.  Borang Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan (JPA.BP.SPT.B01d) dan borang antuan Mengurus Jenazah JPA.BP.UMUM.BMJ Pin 2023

Borang yang telah siap diisi boleh di emailkan ke mypesara@kwap.gov.my

Wednesday, December 13, 2023

PROJEK LANDSKAP SMK SERI BERANG


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya segala usaha dan keazaman kami dalam menyiapkan projek landskap smk seri berang di bawah kelolaan panitia pendidikan seni visual dan diletak sebagai projek ts25 iaitu kefahaman melalui reka bentuk (kmr) telah berada dalam fasa akhir. Kami iaitu cg.khairose, cg.azmi dan cg. farrah sebagai pembimbing dan dibantu oleh en.yusri sebagai mentor kepada pelajar dalam projek pembinaan landskap smk seri berang ini. Tidak dilupakan pengetua cemerlang smk seri berang, puan nor hayati binti abd hamid kerana ideanya dan perancangan yang hebat dalam menjayakan projek ini. 



Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam pembinaan taman landskap smk seri berang ini. antara nama yang terlibat adalah Ahmad Hazim Amsyar, Amirul Mukminin, Iqwal Hafiz, Amir Farhan, Aidil Fahmi, Arif Darwisy, Syamsuri, Aidil Zaquan, dan Adam Adif. Tanpa mereka ini perjalanan projek ini mungkin tergendala. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana menjayakan projek ini. 


Terima kasih juga diucapkan kepada pok tam (pekerja serba boleh) selaku orang kuat smk seri berang (siber) dan juga pada pekerja kebersihan mirul dan yo banyak membantu sepanjang membina taman ini.


Disini saya lampirkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan buat kami semua dan juga warga siber.





Semoga ini menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anak-anak pelajar sekalian dan menjadi pengalaman yang tidak ternilai. Setelah berpanas dan berhujan, anda sememangnya anak-anak siber yang hebat. Sekian, jumpa lagi.


~Cikgu Azmi Ibrahim~