Salam......Hari ni aku terpanggil untuk memberi satu lagi renungan untuk diri aku sendiri dan juga sape-sape yang membacanya....hahahaha
Alu nak sentuh isu politik sikit hari ni...sape yang tak berminat boleh duduk kat tepi yer......hahaha
Aku masih lagi berpendirian bahawa politik ini KEJAM.....Dunia yang penuh dengan SENARIO yang tidak sunyi dari pergolakan...Sentiasa membawa cerita-cerita yang baru dan lama untuk didengdangkan lagi pada masyarakat.....Terutama hari yang ditunggu-tunggu kian menghampiri...iaitu hari untuk masyarakat membuat pemilihan semula pemimpin mereka..........
Pelbagai cerita telah timbul sejak kebelakangan ini....Isu Israel, Lembu, Liwat, Lynas, Madrasah, Hudud, Video Seks, dan terbaru isu Khalwat........Jika diimbas kembali, terlampau banyak isunya....ada yang masih terbengkalai...isu yang hanya terhenti di pertengahan jalan....Sedangkan isu baru telah muncul...bagaikan hujan mencurah ke bumi ( banyaknya..haha )......
Begitu jugalah banyaknya pengaliran "hujah" ke dalam pemikiran masyarakat....Semuanya ingin menegakkan kebenaran bagi pihak masing-masing....Mesti MENANG walaupun SALAH.....Pelbagai kata-kata dikeluarkan untuk MENANG....dan ada pula pihak ketiga yang memberikan hujah......Sedarkan pihak ketiga itu akan kejadian sebenar yang menimpa pihak yang ditentang atau pihak yang disokong......
Dalam pada itu, jika kedua-dua pihak tidak bersalah...siapa yang BENAR ????......Siapa yang MENIPU ????....TAPI yang aku pasti....ramai MASYARAKAT telah diperbodohkan oleh MEREKA ini.........Sedangkan, rakyatlah yang memilih mereka sebagai ketua..sebagai pemimpin...Tapi mereka telah mempergunakan rakyat.....Hanya untuk KUASA DUNIA.....
Hanya kerana KUASA DUNIA mereka ini sanggup untuk menggadaikan maruah diri, keluarga, NEGARA, BANGSA,,,,,,malah AGAMA juga diperkotak katikkan segelintir mereka.......
Kepada masyarakat....janganlah membuat kenyataan yang bukan-bukan...seolah-olah lebih mengetahui dari empunya badan......Jangan sebarkan FITNAH...Sesungguhnya fitnah itu sangat cepat tersebar....Apatah lagi dengan adanya media massa......Kerana FITNAH akan berterbangan seperti ditiup angin....dan Berubah-ubah bentuknya apabila sampai kepada manusia lain.....dan begitulah seterusnya.......
Bukankah MALAYSIA mempunyai Perlembagaan....yang terkandung
RUKUN NEGARA.....Aku percaya setiap rakyat Malaysia pernah berikrar akan patuh kepada rukun negara.....Jadi tunjukkanlah nilai-nilai yang terdapat di dalam rukun negara......