Showing posts with label OFF TOPIC ????. Show all posts
Showing posts with label OFF TOPIC ????. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Manusia Bodoh Vs Manusia Pandai....




manusia bodoh tak tahu akan kekurangannya.....
manusia pandai memahami kekurangannya.....

manusia bodoh mempamerkan kekurangannya.....
manusia pandai menyembunyikan kekurangannya.....

manusia bodoh kagum / bangga dengan kekurangannya.....
manusia pandai kesal dengan kekurangannya.....

manusia bodoh tidak memperbaiki kekurangannya.....
manusia pandai sentiasa mengurangkan kekurangannya.....

manusia bodoh tidak menerima kritikan di atas kekurangannya.....
manusia pandai sentiasa terbuka menerima kritikan di atas kekurangannya.....

manusia bodoh suka menyalahkan orang lain kerana kekurangannya.....
manusia pandai akan mengakui kekurangannya.....


Oleh  | Goldbird



Saturday, May 12, 2012

Mangsa yang dilanggar polis dihadapan sogo??? [BERSIH 3.0]


Jangan terlalu mudah percaya dengan omong kosong tanpa bukti......lihat video dibawah....disedut dari youtube...





lepas ni aku nk kongsi cerita yang dibawa angin...dimana ianya amat diyakini oleh peserta BERSIH.......hahahaha

bersamalah kongsikan kebenaran.....
tujuan bersih tidak salah....
cara mereka yang kurang tepat....
bersambung...

selamat malam......





Sunday, April 22, 2012

IdeaPaint Pengganti White Board dan Papan Hitam

 

white-wall-writable-paint

white-office-paint

whiteboard-dry-erase-paint

IdeaPaint, dianggarkan hanya separuh dari kos untuk membeli sebuah papan putih dan mempunyai kualiti yang lebih baik, tanpa meninggalkan kesan-kesan apabila tulisan dipadam.  Hanya memerlukan dinding tanpa memerlukan bingkai, ianya ternyata lebih bersifat semulajadi dan mesra alam.

Hot smileJust kiddingSchool bus

sumber

Rekaan Kasut yang Menyakitkan !!!

 

high-heel-womens-shoe-fashion

high-shoe-fashion-design

high-fashion-painful-shoes

Surprised smileSick smileVampire bat

sumber

Thursday, April 19, 2012

WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK



4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???



Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Monday, April 16, 2012

PTPTN "Along Dimensi Alaf Baru" Pilihan atau PAKSAAN !!!



Duit tidak pernah mencukupi bagi semua manusia....terutama yang terlampau memandang kebendaan...Apatah lagi sekarang semua perkara memerlukan WANG....dan bukan semua perkara dapat dimiliki dengan PERCUMA.....Termasuklah PTPTN...

Tidak pentingkah PTPTN sehingga perlu dimansuhkan....Adakah PTPTN memberi BEBAN yang tidak tertanggung ???....Kenapa tidak pula diTENTANG semasa penubuhanya, mengapa sekarang ????.....Sudah cukup BERADAkah rakyat untuk menanggung kos pengajian di IPT....dan Adakah PTPTN memberi PAKSAAN untuk MEMINJAM ???......Perlukah diWUJUDkan BIASISWA untuk kesemua mahasiswa ????

Seperti yang diketahui umum, PTPTN adalah badan yang memberi pinjaman kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPT....Ramai pelajar yang memohon PTPTN kerana mereka tahu bahawa dengan meminjam PTPTN mereka mampu untuk meneruskan pengajian di IPT.....Namun, ada juga mahasiswa yang telah mendapat pinjaman PTPTN masih memerlukan bantuan dari keluarga.....

Ada pula dikalangan pendapat menyatakan bahawa, pinjaman PTPTN menyebabkan mereka berhutang sebelum bekerja...berhutang ketika masih bergelar mahasiswa....Mungkin golongan ini ramai yang bersetuju untuk memansuhkan PTPTN dan memberi mereka biasiswa......Apakah impaknya sekiranya PTPTN adalah biasiswa????.....Adakah pelajar cemerlang akan terus cemerlang dan pelajar KURANG CERDIK ini akan menjadi PELAJAR CEMERLANG......

Aku amat percaya bahawa "manusia itu akan lebih menghargai sesuatu sekiranya mereka menanggung risiko" Maknanya, mahasiswa itu akan lebih menghargai PTPTN daripada BIASISWA....kerana BIASISWA tidak akan memberikan beban kepada mahsiswa....tiada risiko yang perlu ditanggung sekiranya gagal dalam pembelajaran....kerana biasiswa tidak perlu dibayar balik dan ia adalah percuma.....Berbeza pula dengan PTPTN yang perlu dibayar setelah mendapat pekerjaan kelak....HUTANG MESTI DIBAYAR.....Maka, pelajar haruslah belajar dengan lebih bagus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang...Pelajar yang KURANG CERDIK pun akan menjadi lebih baik.....Bukan susah tidak mahu MEMBAYAR HUTANG PTPTN....Mahasiswa sudah tentu tahu caranya....hehehe

Jangan rosakkan masa depan rakyat demi karier POLITIK...Kenapa hanya mahasiswa dan lepasan mahasiswa sahaja yang mendesak....Malah ramai yang telah bekerja juga mendesak PTPTN dihapuskan....adakah mereka ingin lari dari membayar HUTANG....PTPTN dimansuhkan maka HUTANG mereka TERHAPUS....Inikah agenda mereka...pemikiran apa yang mereka gunakan...ADILkah ????

Kepada RAKYAT yang menentang PTPTN pada hari ini...aku amat berharap agar keturunan mereka tidak akan membuat pinjaman dari PTPTN.....dan kepada yang masih MENUNTUT di mana-mana IPT yang menentang..diHARAP anda dapat menghentikan Pinjaman setakat ini dan tidak menyambung lagi pinjaman bagi SEMESTER akan datang....Masih ramai yang MEMERLUKANnya.....TAPI aku amat yakin bahawa ramai yang tidak mampu untuk menghentikan pinjaman mereka terutama BANGSA aku...iaitu BANGSA MELAYU....TAPI siapa yang paling ramai menentang ????......"tepuk dahi, fikir sendiri"....

Apa yang salah tentang gambar ni??...dapatkan info di mynewshub
Siapa mereka ???....hmmmm


SEDARKAH ANDA....Siapa yang menimbukan isu ini....INDIVIDU inilah yang terlibat dalam penubuhan PTPTN pada tahun 1997...pada ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan....[sumber : Mansuh PTPTN]



selamat malam...




Saturday, March 3, 2012

Politik itu KEJAM !!!

Salam......Hari ni aku terpanggil untuk memberi satu lagi renungan untuk diri aku sendiri dan juga sape-sape yang membacanya....hahahaha


Alu nak sentuh isu politik sikit hari ni...sape yang tak berminat boleh duduk kat tepi yer......hahaha

Aku masih lagi berpendirian bahawa politik ini KEJAM.....Dunia yang penuh dengan SENARIO yang tidak sunyi dari pergolakan...Sentiasa membawa cerita-cerita yang baru dan lama untuk didengdangkan lagi pada masyarakat.....Terutama hari yang ditunggu-tunggu kian menghampiri...iaitu hari untuk masyarakat membuat pemilihan semula pemimpin mereka..........

Pelbagai cerita telah timbul sejak kebelakangan ini....Isu Israel, Lembu, Liwat, Lynas, Madrasah, Hudud, Video Seks, dan terbaru isu Khalwat........Jika diimbas kembali, terlampau banyak isunya....ada yang masih terbengkalai...isu yang hanya terhenti di pertengahan jalan....Sedangkan isu baru telah muncul...bagaikan hujan mencurah ke bumi ( banyaknya..haha )......

Begitu jugalah banyaknya pengaliran "hujah" ke dalam pemikiran masyarakat....Semuanya ingin menegakkan kebenaran bagi pihak masing-masing....Mesti MENANG walaupun SALAH.....Pelbagai kata-kata dikeluarkan untuk MENANG....dan ada pula pihak ketiga yang memberikan hujah......Sedarkan pihak ketiga itu akan kejadian sebenar yang menimpa pihak yang ditentang atau pihak yang disokong......

Dalam pada itu, jika kedua-dua pihak tidak bersalah...siapa yang BENAR ????......Siapa yang MENIPU ????....TAPI yang aku pasti....ramai MASYARAKAT telah diperbodohkan oleh MEREKA ini.........Sedangkan, rakyatlah yang memilih mereka sebagai ketua..sebagai pemimpin...Tapi mereka telah mempergunakan rakyat.....Hanya untuk KUASA DUNIA.....

Hanya kerana KUASA DUNIA mereka ini sanggup untuk menggadaikan maruah diri, keluarga, NEGARA, BANGSA,,,,,,malah AGAMA juga diperkotak katikkan segelintir mereka.......

Kepada masyarakat....janganlah membuat kenyataan yang bukan-bukan...seolah-olah lebih mengetahui dari empunya badan......Jangan sebarkan FITNAH...Sesungguhnya fitnah itu sangat cepat tersebar....Apatah lagi dengan adanya media massa......Kerana FITNAH akan berterbangan seperti ditiup angin....dan Berubah-ubah bentuknya apabila sampai kepada manusia lain.....dan begitulah seterusnya.......

Bukankah MALAYSIA mempunyai Perlembagaan....yang terkandung RUKUN NEGARA.....Aku percaya setiap rakyat Malaysia pernah berikrar akan patuh kepada rukun negara.....Jadi tunjukkanlah nilai-nilai yang terdapat di dalam rukun negara......



Saturday, January 21, 2012

MALAYSIA menuju Negara BEBAS!!!! part 3


ISu semasa tidak penting lagi....Lebih baik aku pentingkan diri sendiri...Banyak faedahnya bila dah bebas ni...Memang aku "SOKONG" penuh jika Malaysia mengamalkan dasar bebas bersuara tanpa sekatan ni.....Selain baik untuk "kesihatan JIWA" ia baik juga untuk "keamanan MULUT dan JARI-JEMARI".......Sebelum apa-apa layan dulu video kat bawah ni......


"SAYA JIWA KOSONG, OTAK KAMI PENUH DENGAN PUISI POLITIK"

HAHA....Pilihlah mana satu korang dalam video kat atas tu.....Politik bagi aku kotor...Tak ada politik yang BERSIH.....Apa kaitan dengan negara bebas????....Tak tengok ke Video kat atas????....haha....

Mulut dah bebas untuk mengata apa-apa sahaja...Lagi teruk mengata sesama sendiri...sesama bangsa...sesama negara...depa duk tepuk tangan...."HAMPA SAMBUNG BERGADUH, MASALAH SELESAI SENDIRI"......

Ada satu benda yang akan muncul apabila dua manusia saling mengata sesama sendiri iaitu SYAITAN yang membawa FITNAH........

*kepada ahli politik...terima kasih kerana telah penuhkan otak aku dengan puisi politik....lebih baik kamu pergi tunaikan janji "KOSONG" yang dah lama menunggu untuk dijalankan.....









Friday, January 20, 2012

Leggings Lagi!!!!




No 1...Kat market pun dah ajar macam mana nak pakai legging bagi orang muslim.....Mana silapnya semua ini berlaku..

No 2...Penyanyi ini yang dulu begitu sopan pun dah mengajar peminatnya memakai legging.....Macam ni la dikatakan gadis massa...ikut peredaran trend.....

No 3...Peminat pun dah ikut dengan pilihan yang dibuat oleh No 1 dan No 2.......Perkembangan sihat!!!....Baru lah in-trend......

No 4...Dulu tak perlu pakai legging pun...Mungkin sekarang dah mula nk pakai legging...boleh tutup aurat....

No 5...Nak main air..so kena pakai macam ni....pakai tut..tut..tut jer....


*pilihlah mana-mana korang rasa betul....tapi aku rasa semua gambar kat atas tu tak betul....pilih la yang lain...kat Malaysia ni banyak lagi jenis pakaian yang sopan......




MALAYSIA menuju Negara BEBAS!!!! part 2

Hmmm.....Sekarang aku nak sambung apa yang aku dah tinggalkan untuk dua hari...hehehehe......Korang fikir apa lagi yang akan berlaku kiranya Kebebasan bersuara akan terjadi di Malaysia ni.......Kalau tak mahu fikir,,,,Baca je apa yang aku tulis.....

OK...Apa yang aku rasakan yang akan terjadi memang agak menyeronokkan....Terutama kepada golongan atau spesis manusia yang KELIRU IDENTITI......Tahu siapa golongan yang keliru identiti?????....LGBT 
( "lesbian, gay, bisexual, and transgender).......Sekarang pun aku dah dapat rasakan kehadiran mereka....Dan kehadiran mereka semakin serius....Mereka mahukan hak mereka...Mereka mula berani menyuarakan "PERASAAN" mereka.....KERANA APA????....Sudah tentu kerana ada pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk mendapatkan kebebasan bersuara.........

Sudah BEBAS BERSUARA,,,,,,Jadi mereka adalah BEBAS!!!!!....Tiada lagi SEGAN SILU.....Tiada lagi "SEMBUNYI-SEMBUNYI"....Semuanya akan tidak lagi terkawal....Mereka akan minta hak mereka seperti yang dimiliki oleh orang "NORMAL".....Fikirlah apa yang KITA dapat sekarang...Mereka juga mahukannya......Hmmmmmm.........APA yea?????


TAPI...ada juga yang bagusnya bila ada kebebasan bersuara ni.....MAKHAMAH tidak lagi menjatuhkan hukuman sesuka hati.....RAKYAT akan memberi peranan besar dalam menentukan keputusan makhamah....Bersalah atau tidak bukan lagi hak makhamah....Itu adalah hak rakyat untuk menentukannya....Rakyat berhak untuk MEMBANTAH kepurusan yang ditetapkan hakim....Rakyat akan mencuba segala jalan yang ada untuk menjatuhkan makhamah....


*Part 1
*Part 3


Wednesday, January 18, 2012

Aksi Perempuan Kantoi Tiru Gaya SUPERMAN!!!!!!

Suka tengok cerita SUPERMAN...tengok pula cerita NI......

HAHAHA.....Baca tajuk pn dah buat aku ketawa besar......Rupanya bukan Superman je yang pakai seluar dalam kat luar.....Perempuan pun suka pakai....( Lelaki tak ada pula yang pakai seluar dalam kat luar kecuali superman.....) Lagi HEBAT dari superman lagi!!!!.....Tengok gambar kat bawah ni....HAHA...CUN SANGAT!!!!!!!.........




HAHAHA......tengok gambar sebelah ni...CUN GILA.........Nak ke AWEK korang pakai macam ni.....AKU tak MAHU.....Tolak TEPI LA.......









Korang tengok pula gambar ni...KENAL????....Lantak la siapa pn......Aku suruh tengok "seluar" yang dia pakai.....Memang CUN habisssss........
                                                                                                 







HAHA....Gambar ni lagi power...seperti kata seorang bloger....Bontot kuda lagi cantik...HAHAHA....terbaik la bro....








Nak  tengok video????
Klik di  sini!!!


*harap kenalan aku dan korang semua  tak ada la yang pakai macam ni....HAHAHA


Dokumentari: Leggings Bukan Sejenis Seluar

MALAYSIA menuju Negara BEBAS!!!! part 1


Tiada apa dapat aku lakukan, hanya menanti saat dan ketika menjadi realiti.........Malaysia akan menjadi negara yang bebas....BEBAS APA?????.....Semuanya bermula dengan satu kebebasan iaitu kebebasan bersuara......YEA kebebasan yang bersuara yang melampau tanpa ada undang-undang yang mengawal bentuk kebebasan bersuara.......

PERCAYAKAH?????....Bila aku katakan kebebasan bersuara yang diinginkan akan memakan diri sendiri dan Negara.....Semua akan menjadi bebas sebebas-bebasnya....MALAYSIA akan menjadi negara yang huru-hara dan tidak terkawal lagi.....hahaha....MAHUKAH??????......

Cuba bayangkan, media massa digunakan untuk memperjuangkan sesuatu.....semuanya bebas untuk memperkatakan apa jua.....Tidak lagi berpihak kepada mana-mana pihak...Maka lahirlah MEDIA yang bebas......Dapatkah MEDIA yang bebas bertindak ADIL????.......Aku percaya..Jika media bebas, media akan terbabas dari landasan media sebenar.....Media kerajaan sudah tentu tetap ada...Tapi pertumbuhan media lain akan terus berkembang dengan pesat....KERANA APA?????......sudah tentulah kerana kebebasan bersuara.......

APA lagi yang akan terjadi.... Perkara yang paling popular dan menjadi kegilaan golongan tertentu sekarang... .DEMONTRASI JALANAN...... Demontrasi jalanan akan menggila di setiap pelusuk negara....SIAPA HARUS TAHAN MEREKA?????....... Tiada siapa yang boleh menahan mereka....KERANA APA?????..... Mereka lebih berkuasa daripada Pihak Berkuasa..... HAHAHAHA.......... .Pihak Berkuasa langsung tidak boleh menyentuh mereka.......Jika Disentuh...APA KATA MEREKA??????..... .Polis jahat!!!. Zalim!!! Anjing!!!! ....... Jadi untuk apa adanya POLIS ...... hahahaha .......Mungkin sanak saudara mereka tiada langsung yang berkhidmat dalam perkhidmatan yang berkaitan penguatkuasa......( dah-dah la bab demo..kalau nak citer xhabis der.....)



HAHA....Aku rasa yang paling teruk yang akan berlaku ialah FITNAH.... Sekarang tidak cukup lagikah dengan taburan-taburan fitnah, tuduhan melulu tanpa usul periksa...... Bebas bersuara, maka ikut suka la orang mahu bilang apa sekalipun, Itu HAK MEREKA....kerana apa???...Tiada siapa akan TERTANGKAP.....Sebab APA????..... Sebab dah tak ada undang-undang lagi yang boleh menghukum penabur fitnah.....


*Part 2
*Part 3






Tuesday, January 17, 2012

Sakit Mata Lihat Fesyen Tudung.....

Aku tertanya-tanya mereka (perempuan) memakai tudung untuk apa?????
Zaman sekarang ni bermacam-macam jenis tudung yang ada (walaupun aku letak 2-3 gambar je kat bawah ni.....)....Mereka pakai tudung ikut trend semasa atau ikut hukum.....Aku tau aku pun bukan alim ulama untuk komen lebih-lebih.....mereka boleh ditergur ke???....kalau tegur marah pula nanti...macam-macam dimaki-hamunnya.....


Ni tudung no satu ni....aku tak kenal pun siapa dia...aku rembat je gambar kat google.....korang kenal????
cantik juga kan.....tapi, pakai tudung untuk cantik ke????.....Gaya apa tudung ni pun  aku tak tahu....aku ni lelaki manalah aku nk tahu...hahaha.....macam penutup kepala sweater atau baju hujan je aku tengok.....


No 2 ni paling aku menyampah tengok....Aku panggil ni tudung kepala alien...dan aku tak rasa ini cantik....setuju???....Dah makin ramai aku tengok pakai gaya ni....makin banyaklah alien nanti...so jangan pakai macam ni yer......


Hmm....yang no 3 ni....tak silap aku, aku baru tengok dalam WHI semalam.....yang ni lebih kepada selendang.....cantik juga kan.....Perasan tak, sebenarnya lebih kurang je dengan yang no 1 tadi...cuma yang ni tak nampak leher je.....


No 4 ni yang last aku nak cakap....pakai macam ni aku paling suka...hahaha....dan aku rasa paling cantik....Tak perlu berpusing-pusing kat leher...paling senang kot nak pakai yang ni.....Jadi pakailah yang ni...simple n nice....


*suka lihat budak sekolah punya tudung.....
*aku tak nak citer pasal hukum pemakaian tudung di sisi Islam....aku pun banyak kelemahan....cuma...
*hukum Allah kekal walaupun zaman fesyen bertukar-ganti.....



Saturday, January 14, 2012

Kenapa Malam???



Ini bukannya cerita 18sx dan tiada langsung bahagian sedemikian dalam blog ini.  Apa yang hendak aku nyatakan adalah kenapa Malam?....Kenapa aku suka memilih waktu malam untuk menulis, meluahkan pendapat dan sebagainya.  Dalam aku mahu mencari gambar tadi aku type la kat google "malam" dan bermacam-macam malam yang keluar.  Nak tahu malam apa, cuba la sendiri.  Haa...dah tahu belum...hehehe

Baiklah, malam adalah merupakan saat yang paling sunyi dan paling lama waktunya.  Tapi waktu yang betul-betul sunyi sepi hanya bermula pada pukul 10 @ 11 pm (jika kat bandar-bandar besar tiada waktu yang sunyi...kesian..haha)....

Bila keadaan dah sunyi, banyak idea akan muncul kerana pelbagai emosi dan kekacauan perasaan yang timbul dalam pemikiran yang mengganggu waktu tidur.  Jadi, masa inilah harus digunakan untuk menulis blog.  Idea tengah banyak, mestilah dikeluarkan sebelum tidur.  Jika tidak dikeluarkan, aku risau ia akan hilang esok pagi....

Tapi, aku seram juga bila menulis pada waktu malam terutama masa menulis tentang entri yang seram.  Rumah aku ni ada gangguan tapi tak pernah aku kena gangguan yang serius seperti abang dan adik aku,  masa aku ada, tak ada pula gangguan...hmmmmm

Sudah-sudahlah dengan 'malam' kat google.  Perkara itu memang terhangat dipasar, laju je habis kalo jual....Banyak lagi malam yang boleh dibincangkan seperti malam jumaat...haha....

FAM Bangsat!!!



Aku dah lama tidak berkenan dengan FAM ni terutama HAMIDIN.  Pada firasat aku, dia merupakan makhluk yang sombong, angkuh, dan tidak layak duduk di kerusi FAM.  Dah terlalu banyak onar yang dilakukan olehnya. Terbaru mengenai isu pemain import Terengganu yang tidak dibenarkan bermain.  Semuanya salah FAM, tetapi FAM dengan sombongnya menyatakan PBSNT telah silap dalam membuat tafsiran dengan syarat yang ditetapkan dalam surat pekeliling.  

Presiden PBSNT pula dengan bodohnya bersetuju dengan pandangan MIDIN (bukan pucuk midin..haha) dengan alasan tidak mahu memperbesarkan kes.  Presiden PBSNT iaitu DCMJ seperti lepas tangan selepas FAM tidak membenarkan pemain import Terengganu beraksi pada musim ini sehingga pendaftaran kedua dibuka pada April nanti.  Perkara ini telah dipandang serius oleh MB Terengganu Ahmad Said (lebih dikenali sebagai mat said).  

MB Teengganu kemudiannya telah merujuk perkara terbabit kepada peguam negeri dan setelah penelitian dilakukan, terdapat kecuaian FAM tentang tarikh sebenar pendaftaran pemain import.  Jadi ternyata bahawa FAM bersalah, namun MIDIN dengan angkuhnya berkata tidak akan tunduk dengan ugutan MB Terengganu.  MB terengganu mendesak supaya pemain import yang telah digaji oleh PBSNT dibenarkan beraksi, dan akan menyaman FAM sekiranya FAM terus bodoh mempertahankan kesalahan sendiri (MIDIN cuba menegakkan benang yang basah).  dan MB Terengganu akan bertindak untuk menarik dua pasukan Terengganu iaitu Terengganu FC dan T-Team daripada bersaing dalam liga musim ini.  Malah tidak kisah jika FAM menggantung Terengganu walaupun selama 10 tahun.

Setelah didesak dan perbincangan yang lama, FAM akhirnya mengalah dan telah membuat keputusan untuk membenarkan pemain import didaftarkan semula bagi pasukan yang berniat untuk mendaftar pemain import mereka.  Tetapi, FAM menegaskan tiada tekanan daripada mana-mana pihak dalam membuat keputusan terbabit.  Baca petikan dibawah ;

SELEPAS dikritik hebat pelbagai pihak mengenai isu pengambilan pemain import, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya bersedia berlembut apabila membuat keputusan mengejut, melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import hingga 13 Februari ini.
Bagaimanapun badan induk bola sepak tanah air itu menegaskan, keputusan mereka membuat ‘pusingan U’ selepas bertegas tidak mahu melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pemain import Liga Malaysia 2012 (Liga-M) pada 8 Disember lalu, bukan dibuat atas tekanan mana-mana pihak.

Aku tergelak sendiri melihat akhbar hari ini, sakit hati dengan kesombongan pihak FAM yang tidak tahu malu dan tidak meminta maaf atas kesilapan mereka sendiri, malah masih menyalahkan PBSNT.


“Perbincangan ini dilakukan demi kepentingan bola sepak dan bukannya atas tekanan kepada jawatankuasa ini. Kami memutuskan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 13 Februari. “Semua pasukan boleh mendaftar pemain dalam tempoh sebulan namun perlu melalui TMS (Sistem Pemadanan Perpindahan) yang diperkenal Fifa serta peraturan FAM yang ditetapkan sebelum ini,”

Haha, tindakan ini dilakukan atas kepentingan bola sepak dan bukan atas tekanan terhadap FAM.  Satu lagi penjelasan yang tidak munasabah dikeluarkan oleh FAM.  Jika tiada tekanan dari MB Terengganu, semua ini tidak akan berlaku dan bagaimana mereka boleh menafikan adanya tekanan.  FAM tidak akan berganjak sekiranya mereka tidak bersalah, bila dah bersalah keluarlah alasan yang pelik dari mereka.

Ketika ditanya mengenai tindakan menarik diri dan menyaman FAM oleh Ahmad, Hamidin berkata: “Kami tidak bincang perkara itu, kami hanya membincangkan rayuan setiap pasukan.” Menurutnya, selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Vetting, pemain import yang didaftar boleh beraksi dalam tempoh terdekat.

SAMAN FAM.  Seperti yang dikatakan oleh MB Terengganu, beliau ingin mendakwa FAM di makhamah atas kesilapan FAM dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh FAM.  Inilah yang ditakuti oleh mereka sebenarnya, dan atas sebab inilah mereka bermesyuarat dan membenarkan pemain import didaftarkan semula, Malah melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 13 Feb.

RAYUAN SETIAP PASUKAN. Tidak pula aku mendengar rayuan daripada pihak lain melainkan dua negeri sahaja iaitu NS9 dan Terengganu.  Sedangkan sebelum ini FAM menyatakan tidak akan melayang sebarang rayuan berhubung pemain import.  Nampaknya sekarang mereka menjilat ludah mereka sendiri (tindakan yang sempurna oleh FAM).

PERSOALANNYA. Adakah FAM terdesak untuk menutup isu-isu lain yang mula terbongkar.  Dimanakah ketelusan pemimpin dalam FAM dalam menjalankan tugas. Jangan anak tirikan persatuan bola sepak lain hanya untuk menjaga ANAK EMAS mereka.

CADANGAN. Sepatutnya pemimpin dalam persatuan bola sepak negeri tidak terlibat dengan FAM.  Ini kerena, ia akan menyebabkan BIAS terhadap pasukan negeri.  Sebab itulah timbulnya ungkapan ANAK EMAS FAM.  Pilihlah pemimpin yang benar-benar berkaliber dan layak untuk memimpin FAM.

HARAPAN. Ingin lihat FAM bebas dari politik dan BEBAS sepenuhnya dari Kerajaan.  SWASTAkan FAM.  Beri kepada Badan Bebas untuk menguruskan FAM.

*berita penuh FAM "berlembut"

Pembangkang Di Malaysia Tidak Profesional.....

hanya pandangan peribadi penulis.....

Berkisarkan kepada keadaan semasa politik di Malaysia pada masa kini dan masa lalu, dapat aku nyatakan bahawa pihak penentang kerajaan pemerintah tidak profesional dalam menjadi pembangkang.  Profesional boleh diertikan sebagai sifat individu dalam menjalankan tugas yang diamanahkan yang melibatkan kemampuan, kemahiran, dan cara pelaksanaan sesuatu yang berkaitan dengan tugas.  

Jika dikaitkan dengan pembangkang di Malaysia, mereka seakan tidak dapat memahami tugasan mereka sebagai pembangkang.  Cara mereka melaksanakan tugas mereka sebagai pembangkang adalah tidak profesional.  Mereka pandai menentang segala yang dilakukan oleh pihak pemerintah dan segala yang dilakukan oleh pemerintah adalah salah di mata mereka.  Pihak seperti ini tidak akan dapat bersama-sama membangunkan negara, malah mereka sebenarnya mengganggu pembangunan negara. Sebagai pembangkang di sebuah negara yang sedang membangun dan ingin mencapai negara maju, apa yang harus dilakukan oleh mereka ialah memberi idea dalam setiap tentangan mereka dengan idea kerajaan.  Bukan hanya sekadar menentang dan tidak memberi apa-apa jalan yang lain.

Bahkan, mereka bukan sahaja tidak "sekepala" dengan kerajaan, mereka juga tidak "sebulu" dengan ahli dalam pakatan mereka iaitu PKR.  Jika sudah tidak sama pandangan atau pendapat, dimana letaknya profesionalisme mereka dalam berpolitik.  Arah tuju mereka mungkin sama iaitu untuk menumbangkan kerajaan pemerintah, namun jalan yang diambil mereka tidak menampakkan kesepakatan.  Cara mereka mentadbir negeri yang dikuasai juga telah menampakkan kelemahan ini dengan setiap negeri mempunyai masalah.  Masalahnya mereka tidak secara bersama-sama duduk semeja berbincang untuk menyelesaikan isu yang timbul.  Mereka juga menolak mentah-mentah pandangan dan kehendak yang disuarakan rakyat.

Isu yang sedang hangat sekarang ialah mengenai sebuah madrasah di negeri yang ditadbir oleh pembangkang.  Ini menunjukkan mereka tidak menggunakan kuasa mereka di jalan yang betul.  Madrasah ini dibina di atas tanah wakaf khas dan bagaimana pula hukumnya untuk kerajaan mengambil alih tanah ini dan merobohkan madrasah ini.  Mungkin persoalan ini harus diajukan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerena mereka sudah tentu lebih arif berkaitan hukum ini.  Terutama kepada pemimpin mereka yang sudah berdekad menyatakan parti UMNO kafir.  


Persoalannya, apa agaknya yang akan dilakukan atau dikatakan oleh puak pembangkang sekiranya pihak pemerintah yang melakukannya.  Banyak lagi isu yang dilakukan mereka masih belum terjawab oleh mereka sendiri, tetapi masih sempat menyibukkan diri dengan mencari kesalahan orang lain.  Kenapa tidak diperbaiki dahulu kelemahan diri sebelum mencari kelemahan orang lain.  Adakah ini hal kecil yang ingin diperbesarkan atau hal besar yang diperkecilkan oleh mereka???