Tuesday, April 24, 2012

Lagu untuk AKU…




Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Inginku bertemu denganmu
Biarpun hati ini
Menyatakan benci
Namun hakikat
Kau masihku sayang


Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakan daya jodoh tiada


Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih


Sungguh tidakku sangka
Akhirnya begini
Sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang
Yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali

Red roseRed roseRed rose

Sunday, April 22, 2012

IdeaPaint Pengganti White Board dan Papan Hitam

 

white-wall-writable-paint

white-office-paint

whiteboard-dry-erase-paint

IdeaPaint, dianggarkan hanya separuh dari kos untuk membeli sebuah papan putih dan mempunyai kualiti yang lebih baik, tanpa meninggalkan kesan-kesan apabila tulisan dipadam.  Hanya memerlukan dinding tanpa memerlukan bingkai, ianya ternyata lebih bersifat semulajadi dan mesra alam.

Hot smileJust kiddingSchool bus

sumber

Rekaan Kasut yang Menyakitkan !!!

 

high-heel-womens-shoe-fashion

high-shoe-fashion-design

high-fashion-painful-shoes

Surprised smileSick smileVampire bat

sumber

Alatan Menghasilkan Corak pada Kasut Kanvas

 

Menghasilkan corak pada kasut sebenarnya telah lama dilakukan oleh kebanyakan orang.  Ia dihasilkan untuk dijual mahupun untuk kegunaan individu itu sendiri.  Terdapat pelbagai tema yang popular, antaranya adalah permainan video, animasi Jepun, filem, dan juga alam semulajadi.  Terdapat beberapa langkah untuk seseorang itu menghasilkan rekaan corak yang baik pada kasutnya……..

Perkara yang paling penting sebelum membeli kasut adalah menjana idea.  Menghasilkan lakaran-lakaran supaya kasut yang dibeli adalah sesuai dengan corak atau tema yang akan dicorakkan pada kasut.  Berikut merupakan langkah seterusnya setelah corak dan kasut telah dikenalpasti……..

Dapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya.  Antaranya ;

Bahan-bahan diperlukan:

1. Cat akrilik, bergantung kepada warna yang diperlukan Acrylic paint

2. Berus-berus cat kecilArtist-Painting-Brushes

3. Satu Black Sharpiesharpiecolors

Thursday, April 19, 2012

Lampu yang sangat Kreatif !!!


Amazing Creative Lamps

Amazing Creative Lamps

Amazing Creative Lamps

Amazing Creative Lamps

Amazing Creative Lamps


Amazing Creative Lamps

sumber : funzug

WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK



4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???



Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Monday, April 16, 2012

PTPTN "Along Dimensi Alaf Baru" Pilihan atau PAKSAAN !!!



Duit tidak pernah mencukupi bagi semua manusia....terutama yang terlampau memandang kebendaan...Apatah lagi sekarang semua perkara memerlukan WANG....dan bukan semua perkara dapat dimiliki dengan PERCUMA.....Termasuklah PTPTN...

Tidak pentingkah PTPTN sehingga perlu dimansuhkan....Adakah PTPTN memberi BEBAN yang tidak tertanggung ???....Kenapa tidak pula diTENTANG semasa penubuhanya, mengapa sekarang ????.....Sudah cukup BERADAkah rakyat untuk menanggung kos pengajian di IPT....dan Adakah PTPTN memberi PAKSAAN untuk MEMINJAM ???......Perlukah diWUJUDkan BIASISWA untuk kesemua mahasiswa ????

Seperti yang diketahui umum, PTPTN adalah badan yang memberi pinjaman kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPT....Ramai pelajar yang memohon PTPTN kerana mereka tahu bahawa dengan meminjam PTPTN mereka mampu untuk meneruskan pengajian di IPT.....Namun, ada juga mahasiswa yang telah mendapat pinjaman PTPTN masih memerlukan bantuan dari keluarga.....

Ada pula dikalangan pendapat menyatakan bahawa, pinjaman PTPTN menyebabkan mereka berhutang sebelum bekerja...berhutang ketika masih bergelar mahasiswa....Mungkin golongan ini ramai yang bersetuju untuk memansuhkan PTPTN dan memberi mereka biasiswa......Apakah impaknya sekiranya PTPTN adalah biasiswa????.....Adakah pelajar cemerlang akan terus cemerlang dan pelajar KURANG CERDIK ini akan menjadi PELAJAR CEMERLANG......

Aku amat percaya bahawa "manusia itu akan lebih menghargai sesuatu sekiranya mereka menanggung risiko" Maknanya, mahasiswa itu akan lebih menghargai PTPTN daripada BIASISWA....kerana BIASISWA tidak akan memberikan beban kepada mahsiswa....tiada risiko yang perlu ditanggung sekiranya gagal dalam pembelajaran....kerana biasiswa tidak perlu dibayar balik dan ia adalah percuma.....Berbeza pula dengan PTPTN yang perlu dibayar setelah mendapat pekerjaan kelak....HUTANG MESTI DIBAYAR.....Maka, pelajar haruslah belajar dengan lebih bagus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang...Pelajar yang KURANG CERDIK pun akan menjadi lebih baik.....Bukan susah tidak mahu MEMBAYAR HUTANG PTPTN....Mahasiswa sudah tentu tahu caranya....hehehe

Jangan rosakkan masa depan rakyat demi karier POLITIK...Kenapa hanya mahasiswa dan lepasan mahasiswa sahaja yang mendesak....Malah ramai yang telah bekerja juga mendesak PTPTN dihapuskan....adakah mereka ingin lari dari membayar HUTANG....PTPTN dimansuhkan maka HUTANG mereka TERHAPUS....Inikah agenda mereka...pemikiran apa yang mereka gunakan...ADILkah ????

Kepada RAKYAT yang menentang PTPTN pada hari ini...aku amat berharap agar keturunan mereka tidak akan membuat pinjaman dari PTPTN.....dan kepada yang masih MENUNTUT di mana-mana IPT yang menentang..diHARAP anda dapat menghentikan Pinjaman setakat ini dan tidak menyambung lagi pinjaman bagi SEMESTER akan datang....Masih ramai yang MEMERLUKANnya.....TAPI aku amat yakin bahawa ramai yang tidak mampu untuk menghentikan pinjaman mereka terutama BANGSA aku...iaitu BANGSA MELAYU....TAPI siapa yang paling ramai menentang ????......"tepuk dahi, fikir sendiri"....

Apa yang salah tentang gambar ni??...dapatkan info di mynewshub
Siapa mereka ???....hmmmm


SEDARKAH ANDA....Siapa yang menimbukan isu ini....INDIVIDU inilah yang terlibat dalam penubuhan PTPTN pada tahun 1997...pada ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan....[sumber : Mansuh PTPTN]



selamat malam...