Wednesday, July 10, 2013

Zhen ~part 1

Ini bukan mimpi....ini suatu khayalan....ini sekadar rekaan...bukan kebenaran.....akan sebuah kisah seorang lelaki yang bernama Zhen (bukan nama sebenar)...........

Kisah ini bermula ketika Zhen masih lagi kecil....masih lagi berfantasi dengan alam kanak-kanaknya.....Zhen yang belum mengerti akan dunia.....Zhen dilahirkan dalam keluarga yang sederhana...dan dalam keluarga yang amat bahagia..... Ketika zaman kecilnya....Zhen merupakan kanak-kanak yang agak nakal bersama dengan adik lelakinya Helmy....Tidak seperti kakaknya yang amat patuh pada ayah dan ibu mereka.....Badannya dipenuhi kesan parut...bekas-bekas hentaman oleh ayahnya.....

Zhen menangis teresak-esak kesakitan....Badannya yang kurus melidi dihentam bertubi-tubi....mujurlah ibunya datang meleraikan keadaan yang tegang...Suasana menjadi suram...ayahnya masih terkebil-kebil keseorangan.....Malam itu..tidur Zhen tidak lena...sakitnya masih terasa....pada ibulah tempat Zhen bermanja...mengadu sakit dan segala.....

Petang itu, hujan turun dengan lebatnya...guruh berdentum berdendang bersama sang hujan.....kilat sambung menyambung memancarkan kilauannya............Zhen sekawan bergembira dengan keadaan ini....Enjin kenderaan bergema...menyalakan lampu tinggi...memberikan hon tanda amaran....namun tidak sedikit memperlahankan kelajuan.....Zhen dan kawan-kawannya hanya menanti di bahu jalan.....menanti air menerpa ke arah tubuh mereka......

Senja berkunjung tiba....Sang hujan bersama bahteranya tidak jua memperlahankan langkah...Tiba-tiba kedengaran suatu teriakan suara....yang amat menggerunkan Zhen....Kawan-kawan mula lari meninggalkan tempat permainan mereka....Zhen terkaku..lantas ranting kayu itu hinggap di atas belakang Zhen....Zhen mengeluarkan air mata menahan kesakitan...menolak basikalnya pulang ke rumah....

Itu cerita belasan tahun yang lalu....Kini Zhen meningkat remaja..Menjadi remaja bukanlah mudah buat Zhen.....Meninggalkan zaman kanak-kanak yang tidak begiti sempurna....kehendak...dan kemahuannya.....Zaman remaja amat berbeza untuk Zhen....Membuatkan Zhen manjadi seorang remaja lelaki yang langsung tidak seperti dirinya semasa kecil.....Keinginannya....kemahuannya kini berbeza....

Cinta, Kasih Sayang.....yang dahulunya tidak pernah terdetik di hati....Kini sudah mula bercambah....angkara hormon remajanya mula bertindak balas.....Namun, Zhen bukan lagi seorang yang periang..Zhen membesar menjadi remaja yang pendiam...dan sangat pemalu....

Di sekolah....Zhen bukanlah seorang pelajar yang pintar....Zhen hanya seperti pelajar-pelajar yang lain...Kemalasan menguasai diri..Tetapi itu hanya sementara....Apabila meningkat masuk angka 16 tahun...Zhen berkenalan dengan seorang pelajar perempuan.... Perhubungan mereka hanya bermula dengan satu senyuman.....yang akhirnya bercambah menjadi cinta.......Bermulalah episod baru dalam hidup Zhen....Zhen mula rapat dengan pelajar perempuan itu...dan Zhen menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah....kerana pelajar perempuan itu seorang pelajar yang amat rajin...dan sering membantu Zhen......

Tiada lagi teman....tiada lagi kawan...semuanya ditinggalkan....Hanya nama pelajar perempuan itu yang melekat di hati...Zhen mula renggang dengan rakan-rakannya....membawa haluan berlainan...Semuanya ditinggalkan hanya untuk seorang gadis...Masa Zhen hanya terluang untuk si gadis sahaja......Namun, tanpa Zhen sedari...Si gadis merahsiakan sesuatu dari pengetahuan Zhen....Rahsia yang mungkin akan menghancurkan perhubungan mereka....dan si gadis cukup licik menyembunyikan rahsia diri dari pengetahuan Zhen dan rakan-rakan yang lain......

Daun-daun berguguran....dibawa angin berterbangan.....ketukan di pintu mengejutkan Zhen...mengganggu lena Zhen di petang hari....Ada suara memanggil-manggil nama Zhen...teriakan itu semakin kuat diselangi ketukan pada pintu rumah Zhen....Zhen yang masih antara sedar dan tidak menyahut panggilan itu....Zhen bangun...berjalan menuju ke pintu.....Selak pintu dibuka...Zhen menarik daun pintu....Terpancar wajah Lia yang kecemasan....Tercungap-cungap Lia memulakan bicara.....

Abah kau Zhen...abah kau....Pak Mail..dia kemalangan Zhen.......”

Zhen lantas mencapai kunci kereta....dibawa kereta kecil itu bersama Lia.....Suasana sepi sepanjang perjalanan menuju ke Hospital......

Sabar Zhen...Pak Din menyapa...Pak Din seorang yang sudah berumur dalam lingkunagn 60-an...Ketua kampung dan ayah kepada Lia......Zhen terus mendapatkan ibunya yang datang bersama Pak Din....Zhen menangis di pangkuan ibunya..... Lia hanya memandang Zhen dalam keadaan sayu...Lia seorang gadis kampung...teman sepermainan Zhen...sudah terlalu lama memendam perasaannya terhadap Zhen...hanya Zhen tidak menyedarinya......

Tiga jam telah berlalu....Pintu wad kecemasan masih tertutup rapi....Doktor belum lagi keluar....Hanya jururawat sesekali keluar dan masuk....Kini hanya tinggal Lia, Zhen bersama ibunya.....Pak Din telah pulang kerana ada urusan di kampung.....Suasana kembali menyepi...Lia hanya melihat tanpa sepatah kata....

Deringan telefon mengejutkan suasana yang sepi...Zhen memandang skrin telefonnya...tanpa menjawab panggilan itu....

Siapa?” suara Lia menyapa....Zhen hanya memandang skrin telefonnya....dan memadamkan telefon.....

Zhen : Lia, engkau pulanglah dahulu...biarkan aku sahaj yang menunggu....Ayah mu pasti menunggu mu di rumah.....Ibu pun pulanglah....biarkan Zhen sahaja di sini.....

Lia : tapi....suara Lia terhenti.......

Zhen : Zhen lantas menyambung....oh..aku hampir terlupa...aku akan hubungi ayah mu....

Lia hanya mengiyakan....perbualan mereka terhenti....

Lampu kecemasan terpadam....Pintu dibuka...Dr. Haikal melangkah keluar....terus menuju ke arah Zhen yang masih menanti....Zhen mendapatkan Dr. Haikal....bertanya keadaan ayahnya....Dr. Haikal termenung seketika...merenung tepat ke arah mata Zhen...dan membuka bicara.....Zhen tergamam mendengar kata-kata Dr. Haikal....Zhen diminta segera untuk mengubungi ibu dan kakaknya untuk usrusan pembedahan lanjut....dengan secepat yang mungkin......

Tanda tangan diturunkan...tanda persetujuan untuk pembedahan....Persediaan dilakukan...Doa tidak putus-putus dari keluarga dan sahabat terdekat.....Tubuh kaku yang masih dalam koma ditolak ke bilik pembedahan.....Zhen sekeluarga bersama saudara mara sudah sediamenunggu....Suasana suram menyelubungi penantian yang amat memeritkan......

Panggggg!!!.....bunyi pintu dihempas deng kut....Emyra atau lebih dikenali dengan paggilan Eira...si gadis yang menjadi pujaan hati Zhen...amat marah kerana sudah beberapa hari Zhen tidak menghubunginya...malah panggilan darinya juga tidak dibalas oleh Zhen....Sudah beberapa hari berlalu tanpa sebarang berita dari Zhen....Malah Zhen juga tidak hadirkan diri ke sekolah...Eira menjadi buntu..tiada tempat untuknya bertanya tentang Zhen...kawan-kawan juga hanya diam membisu....kerana Zhen meminta untuk dirahsiakan hal yang terjadi pada keluarganya dari pengetahuan Eira.....Eira hanya mampu merenung ke arah telefonnya menunggu jika ada panggilan dari Zhen...

Setelah beberapa jam menunggu....penantian yang dirasakan terlalu lama....akhirnya..pintu bilik dibuka...wajah Dr. Haikal muncul di sebalik tirai....Wajah Dr. Haikal sudah mampu menceritakan segala-galanya....suasana hiba menyelubungi keadaan....Dr. Haikal membuka bicara...menyatakan Pak Cik Mail tiada lagi...telah pergi untuk selamanya....Zhen terdiam...air mata membasahi pipi.....Dr. Haikal hanya mampu menepuk bahu Zhen dan meminta Zhen bersabar dan menerima ketentuan Ilahi.......Ayahnya sudah tiada lagi disisi.....seorang lelaki yang telah membentuk Zhen selama ini....Kini hanya tinggal kenangan......dia telah pergi untuk selamanya......


SETAHUN KEMUDIAN.......

Zhen kini akan menghadapi ujian terbesarnya sebagai seorang yang bergelar pelajar....SPM....Namun, Zhen bukan lagi seperti dirinya setahun yang lepas...Kehilangan ayahnya terlalu dirasai....yang menjadikan Zhen seorang pelajar yang amat dikenali kerana masalah disiplinnya.......Setelah kehilangan ayahnya...Zhen mengalami kemurungan...Prestasi pelajrannya jatuh menjunam...merosot dengan amat teruk....dan Eira yang menjadi teman Zhen mungkin merupakan punca diri Zhen berubah dengan mendadak.....yang telah menghancurkan jalan hidup Zhen......

SUATU ketika dahulu.......

Zhen mengerang kesakitan....bdannya dipukul bertubi-tubi...tanpa sedikit pun belas simpati...Zhen berlumuran darah...Zhen ditinggalkan di lorong gelap itu bersendirian.....Mencari sedikit kekuatan untuk berdiri....menggagahkan kaki melangkah...berjalan pulang ke rumah.....memikirkan ibu dan kakaknya tentu sahaja sedang menunggu.....Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.30 malam...Zhen masih lagi belum pulang ke rumah...keadaan ini membuat ibunya amat risau dan terus menanti di ruang tamu......kakaknya sudah tidur kerana perlu bangun awal ke tempat kerja.....Telefonnya juga tidak dapat dihubungi.....Zhen singgah di sebuah surau untuk membersihkan diri dari darah yang membasahi dirinya....dan bajunya.....

Pintu dibuka...perlahan-lahan Zhen masuk ke rumah....Ibunya sudah dibuai mimpi...Zhen masuk ke biliknya tanpa mengejutkan ibunya yang sudah nyenyak.....Tidur Zhen sering dikejutkan oleh rasa sakit pada badannya....Zhen tidak ke sekolah pada esoknya kerana tidak mahu rakannya tahu akan kejadian yang telah menimpa dirinya....Zhen hanya berada di rumah sepanjang hari bersama ibunya....Kakaknya telah keluar ke tempat kerja selepas subuh lagi.....Ibu Zhen cuba juga bertanya apa yang terjadi padanya...namun Zhen berdalih dengan mcam-macam alasan untuk mengelak ibunya dari mengetahui perkara yang sebenar....

Kata-kata lelaki semalam masih bermain di halwa telinga Zhen....

Engkau jangan sesekali dekatkan diri dengan Eira lagi...kalu tidak mati kau aku kerjakan...

Zhen masih mengelamun sendirian...di halaman rumahnya.....Tiba-tiba Eira muncul dihadapannya....lantas Zhen teringat cebisan kata lelaki semalam yang telah memukulnya.....

Eira itu anak Tan Sri...kau sedarlah sikit siapa engkau dengannya

Assalamualaikum.....Suara itu mengejutkan lamunan Zhen....Dipandang wajah Eira seraya menjawab salam Eira.....Fikirannya masih bercelaru memikirkan kejadian semalam....

Eira : awak, kenapa tak pergi ke sekolah???....panggilan telefon pun awak tak jawab...awak ada masalah ke?????
Zhen : saya tak ada apa-apa....awak pulanglah...keluarga awak tentu risau....
Eira : tapi...kenapa awak tidak hiraukan saya???...saya da buat salah ke????
Zhen : Eira pulanglah....jangan cari saya lagi...
Eira : kenapa dengan awak ni???....boleh saya tanya sesuatu??....kenapa ada lebam-lebam kat muka awak???
Zhen : Zhen terdiam....
Eira : terus terang sahaja Zhen...ada orang cari awak semalam kan...apa mereka cakap pada awak???....ini mesti orang suruhan ayah saya....maafkan saya Zhen sebab rahsiakan siapa saya yang sebenar.....
Zhen : kalu awak sudah tahu begitu....baguslah....kita tidak harus bersama...dengarlah apa yang ayah awak kata Eira....tinggalkan saya....
Eira :  tapi Zhen....saya....

Kata-kata Eira terhenti....setelah terlihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Zhen....Kereta yang amat dikenali oleh Eira....Kereta Tan Sri Khalid...ayahnya.....Pintu kereta dibuka...satu susuk tubuh berjalan menuju ke arah mereka....lantas menarik tangan Eira....Eira meronta-ronta mohon dilepaskan....Satu tamparan singgah di pipi Eira.....Eira menangis dan berlari menuju ke arah kereta dan mendapatkan ibunya........

Tan Sri Khalid : kamu dengar sini baik-baik budak....jangan sesekali berani berjumpa Eira lagi....dan kamu tak akan berjumpa dengannya lagi selepas ini......

Tan Sri Khalid terus berlalu pergi...meninggalkan Zhen sendirian.......

Sudah seminggu Zhen tidak berjumpa dengan Eira....di sekolah juga Eira tidak ada.....dan samapi satu berita kepada Zhen...Eira sudah berpindah ke sekolah lain...mungkin di bandar atau ke luar negara.....Zhen terputus hubungan dengan Eira....walaupun Zhen tidak mahu berjumpa dengan Eira....namun hati kecilnya sering merindukan saat mereka bersama.....Zhen terputus hubungan dengan Eira.....Zhen hilang punca bagaimana untuk berhubung dengan Eira....Zhen tidak mendapat khabar berita mengenai Eira semenjak dari hari itu......

SETAHUN sudah berlalu.....Zhen kini di tingkatan lima....SPM akan ditempuhi....Namun, Zhen bukan lagi pelajar yang cemerlang seperti dulu...semasa Eira masih disisinya....Dia mula hilang arah dalam pelajaran....Bergaul dengan pelajar yang bermasalah....menghisap rokok....ponteng sekolah....bergaduh....buli...kini sebati dengan jiwa Zhen.....


Lia gadis yang masih menyimpan perasaan terhadap Zhen....amat risaukan keadaan Zhen....Zhen berubah dengan amat drastik setelah kehilangan Eira.....Lia pula terus cuba mendapatkan hati Zhen...untuk kembali menjadi pelajar yang ada wawasan.....Namun, Zhen langsung tidak menghiraukan teguran dan nasihat dari Lia....dari seorang pelajar yang cemerlang menjadi pelajar yang tidak lagi mendampingi buku.....Zhen menjadi pelajar yang sngat liar....mukanya menjadi pelawat tetap bilik disiplin........


bersambung.....

Monday, July 8, 2013

Secebis Memori Hitam

Suatu ketika dulu...yang terus menghantui dirinya.............gagahkan diru mu...teguhkan iman mu.....



Pahit bukannya hempedu.....
Manis bukan pula madu....
Senyum bukan kerana gembira.......
Tangis bukan pula kerana berduka....


Terlalu besar dugaan yang perlu engkau hadapi...Terlalu banyak perkara yang bermain-main di kotak fikiran....Satu persatu ia muncul di benak pemikiran mu....Dan terus bercambah dengan persoalan yang baru......

Bukan mudah untuk melupakan.....
walaupun masa terus berjalan....
Memori itu masih berlari di ingatan.....
Biarlah ia menjadi pengajaran....


~goldbird~