Bukan untuk rujukan....sekadar pandangan...untuk bacaan.......
Hari perayaan masyarakat kristian iaitu krismas telah berlalu pada 25 hb disember....Sambutan hari krismas diadakan adalah untuk meraikan hari kelahiran Jesus......Banyak negara menyambutnya dengan begitu meriah termasuk negara kita Malaysia....Secara umumnya mengetahui majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam......Apakah hukumnya untuk seseorang yang beragama islam itu menyambut perayaan krismas, memberi ucapan, memberi hadiah......Ramai rakan-rakan di facebook manyatakan bahawa menyambut krismas bagi umat islam adalah HARAM....malah memberi ucapan "merry cristmas" juga HARAM.........cukup sekadar mngucapkan "selamat bercuti".........
ISLAM adalah agama yang mementingkan ikatan silatuharim antara umat manusia di dunia ini....Bukan hanya menjaga ikatan silaturahim antara muslim, bahkan ISLAM menganjurkan untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat bukan ISLAM.....( menghormati budaya agama lain bukan bermakna kita telah menjadi sebahagian daripada mereka, ianya bergantung kepada niat )...........
Dipetik dari surah An Nisaa ayat 36, dijelaskan masudnya ; "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh.............. "
ISLAM menggalakkan umatnya menjalinkan iakatan yang baik dan memupuk perpaduan di atara jiran tetangga...bukan sahaja tetangga yang dekat, malah tetangga yang jauh......Tetangga yang dekat dapat diertikan sebagai jiran yang berhampiran dengan rumah, atau yang masih mempunyai hubungan kerabat atau nasab yang sesama muslim.....Manakala, tetangga yang jauh pula membawa dapat diertikan sebagai tetangga yang jauh atau tidak mempunyai hubungan kerabat atau berlainan nasab atau agama......Disini dapat dijelaskan bahawa Islam menyuruh umatnya menghormati sesama muslim dan juga dengan masyarakat yang beragama lain selagi perbuatan tersebut tidak mempersekutukan ALLAH........
Menurut Imam Al-Qurthubi pula ; " Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahakan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguuan dan ancaman ".
Bergaul dengan baik disini dapat dijelaskan bahawa, Islam menyuruh penganutnya melayan tetangganya dengan baik.....bukan hanya kepada tetangga yang beragama islam sahaja, malah kepada orang bukan islam juga hendaklah berbuat baik.....menghormati mereka, budaya mereka, dan juga amalan agama mereka.....
( Tidaklah menjadi salah kiranya kita menziarahi mereka ketika krismas atas dasar persahabatan, jiran tetangga, selagi tidak menyekutukan Allah.....dan selagi tidak lari dari niat asal untuk menjaga hubungan silaturahim dan bukannya untuk meraikannya untuk mengagung-agungkan atau mempercayai kepercayaan masyarakat kristian dan sambutan krismas..... )
Namun, niat tersebut juga haruslah ditonjolkan melalui perbuatan kita...seperti tidak berpakaian seperti mereka ( cukuplah sekadar berpakaian sopan), tidak melakukan apa yang dilakukan mereka ( seperti memberi hadiah ), menyanyikan lagu mereka dan sebagainya yang akan menjurus kepada perayaan tersebut yang memperlihatkan kita sebahagian daripadanya dan seperti kita mengiyakan / meredhai kepercayaan mereka yang akan menyebabkan kita mempesekutukan Allah.....atau lari daripada tujuan atau niat sebenar iaitu sekadar menziarahi mereka.....
Seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum ( bukan Islam ), maka ia daripada golongan mereka " ~ (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093 ).
Diringkaskan bahawa, Hari krismas adalah haram untuk disambut oleh orang Islam.....sekiranya melibatkan penyelewengan akidah seperti menyanyikan lagu krismas.....Namun, harus untuk mengunjungi mereka ( jiran tetangga atau rakan sekerja ) untuk menjaga hubungan perpaduan nasional....Tapi tidak perlulah kita pula yang berlebih-lebih untuk menyambutnya....dan janganlah memakai pakaian seperti mereka seperti topi dan aksesori lain....letaklah niat kita sekadar melawat mereka dan bukannya menyambut perayaan mereka....pakailah pakaian yang sopan yang mengikut syariat Islam......
*untuk lebih info tanya Google.....
*Sekadar memberi pandangan berlandaskan pembacaan yang dibuat.....WALLAHUALAM
No comments:
Post a Comment