Hari-hari....Aku ke Sekolah.....dari mula mengenali ABC.....hingga kini dan akan berterusan untuk tempoh yang panjang.....3/4 dari hidup ku hanya di sekolah.....Dulu belajar, kini mengajar....Kalau tidak mahu diajar....Jangan kurang ajar.....
Hari ke-3 di sekolah Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak......Kelas pertama 7.30 pagi...Aku sampai di sekolah pada pukul 6.40 pagi....Sekolah ini boleh dikatakan tidaklah terlalu "skema".....sempoi terutama guru lelaki...
Mentor aku juga seorang lelaki....orang Bidayuh.....aku rasa dia agak hebat....banyak pengalamannya, walaupun tidaklah begitu lama di sini.....dan dia amat merendah diri....aku segan untuk berdepan dengannya.....aku yakin dia boleh maju jika di ke sekolah lain.....aku harap dia akan dapat peluang itu...cuma jangan dalam masa terdekat.....kerana aku memerlukannya....aku harap dia ubah fikirannya untuk berpindah.......
Berbalik kepada cerita sekolah aku tadi.....Sebuah sekolah yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih untuk ke Betong dan Sri Aman.....dan mungkin sejam untuk ke Engkilili......Dan untuk ke Kuching mungkin mengambil masa 5-6 jam.....
Walaupun jauh dari bandar-bandar besar....budaya sekolah in amat berbeza dengan sekolah di bandar....aku dapat lihat tingkah laku pelajarnya....walaupun kelas F....mereka seperti pelajar kelas C.....tingkah laku mereka boleh dikatakan bagus walaupun akademik mereka kurang cemerlang.......
No comments:
Post a Comment