.............Tanpa Arah..........Tanpa Tujuan.....Hanya Persimpangan....Hanya Persinggahan......
Friday, September 20, 2013
Zhen ~part 2
Bilik disiplin....suasana sepi...Zhen melangkah perlahan...menghadap Cg. Ismail...Kakak Zhen turut dipanggil pihak sekolah.....Cikgu Fatimah menjemput Zhen dan kakaknya, Hawa untuk duduk....Suasana menjadi tegang.....Cg. Fatimah selaku P.K Hem menjelaskan permasalahan yang dihadapi oleh Zhen kepada Hawa......dan Zhen kemungkinan akan diambil tindakan buang sekolah..kerana tindakannya yang telah menyebabkan seorang pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital......Namun, kakak Zhen sedar Zhen akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini......Lantas Hawa merayu pada pihak sekolah supaya meringankan hukuman untuk adiknya..........Setelah perbincangan, akhirnya Cg. Fatimah bersetuju untuk meringankan hukuman terhadap Zhen.....Ini juga disebabkan kerana Cg. Fatimah amat mengenali Zhen dan berharap Zhen akan kembali kepada dirinya yang asal seperti dahulu......Zhen diminta untuk menjaga kelakuan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama........
Masa terus berjalan.....Zhen digantung sekolah lagi....bukan untuk kali pertama........termenung di halaman rumahnya.......Tiba-tiba satu suara mengejutkan lamunan Zhen........
"Aku akan membantu engkau Zhen".......Suara itu hinggap di telinga Zhen.....dan Lia sudah berada di sisi Zhen.....
Zhen : Usahlah kau hiraukan aku lagi Lia....Aku budak jahat....tak sesuai berkawan dengan engkau lagi.....
Lia : Mana perginya Zhen yang pernah saya kenali dahulu....saya rindukan dia...kembalilah Zhen....
Zhen : Aku yang dulu ???......itu sejarah Lia....Aku mahu lupakan semuanya.....
Lia : Tapi...awak pilih jalan yang salah Zhen...awak harus buktikan yang awak juga mamou berjaya....Bukan berputus asa sebegini...Apa??...awak fikir Eira akan gembira dengan keadaan awak sekarang.....Tidak mungkin Zhen.....Tidak mungkin !!!
Zhen : Lia..jangan engkau sebut lagi nama itu...nama yang membuat aku gila...aku hilang arah....
Lia : Sampai bila Zhen...awak mahu seperti ini...sebab itulah saya mahu membantu awak...kita sama-sama belajar...seperti dulu...Saya yakin awak boleh berjaya Zhen.....
Zhen : Sudahlah Lia....baik kau pulang sahaja....jangan ganggu aku lagi....
Lia : Tapi Zhen....
Zhen : DIAM !!!.....kau balik sekarang...pergi !!!
Lia terdiam kaku...melangkahkan kaki perlahan berlalu pergi...Hawa yang menyedari hanya memerhati dari jauh....
Suatu pagi.....Bunyi di dapur mengejutkan lena Zhen...Zhen pergi untuk menjenguk....terlihat akan kelibat akaknya Hawa di dapur......
Zhen : Kak,,,akak tak kerja hari ni?
Hawa : Tidak Zhen...akan cuti...mari makan akak dah siapkan sarapan...
Zhen : Baiklah kak...tapi mengapa akak ambik cuti..akak tak sihat ke?
Hawa : A'ah Zhen...akak sakit lihat kau...dan akak nak bawa kau melawat suatu tempat hari ni...
Zhen : Ish akak ni...main-main pula......tapi akak nak bawa saya pergi ke mana?
Hawa : Kau ikut sahaja...nanti kau tahu jugak tempatnya......
Zhen hanya menurut kehendak kakaknya tanpa banyak bantahan.....Ibunya hanya memerhatikan telatah anak-anaknya......Pagi itu berlalu pergi...seperti pago-pagi yang lain.....
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Petang itu.....setelah membaca surah yasin dan menghadiahkan pahala bacaan itu kepada arwah ayahnya.....Hawa membuka bicara......
Hawa : Kau tahu Zhen kenapa akak bawa kau ke sini...Ini kubur ayah Zhen...ayah yang telah membesarkan kita...mendidik kita....Kau ingat tak lagi pada ayah Zhen???
Zhen : Hmm....yea kak...ingat..Zhen Pun rindukan ayah.
Hawa : Ingat lagi apa yang pernah Zhen janjikan dengan ayah dulu?
Zhen : Yea kak...Zhen ingat...Tapi kak...Zhen tak mampu nak tunaikan janji Zhen...Zhen tak mampu kak....
Hawa : Kau mampu Zhen...jangan hampakan harapan ayah...Lia pun sanggup membantu kau Zhen...
Zhen : Tapi kak....
Hawa : Kau sedar tak Zhen...Sebenarnya Lia dah lama sukakan kau....kau tahu kenapa dia nak sangat tolong kau.....Dia tak nak lihat kau gagal Zhen......
Zhen : Hmm.....Baiklah kak...Zhen akan cuba untuk berubah....anggaplah ini sebagai janji Zhen dengan akak....Marilah pulang kak...hari dah senja ni.....
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Maafkan aku Lia...suara Zhen mencelah ketika di perpustakaan...Zhen memberanikan diri menghampiri Lia yang sedang berbincang rakan sekelas mereka....Lia meminta Zhen untuk duduk agar gelagat mereka tidak disedari oleh Cg. Jamal yang sedang melayan pertanyaan dari pelajar lain.....
Zhen : Maafkan aku Lia...aku tahu...aku terlalu kasar dengan engkau tempoh hari....Aku tahu kau nak tolong aku...bukan aku tak mahu Lia....tapi aku malu dengan diri aku sekarang....
Lia : Zhen...biarlah saya bantu awak.....saya tak sanggup lihat awak macam ini lagi.....
Zhen : Baiklah Lia...aku pun dah berjanji dengan akak Hawa....aku akan bina hidup aku kembali...aku harap tidak terlalu terlewat aku tersedar......
Lia : Tak mengapa Zhen....belum terlambat lagi...masih ada masa Zhen....saya kan ada untuk bantu awak.....
Zhen : Terima kasih Lia......
Lia : Tidak mengapa Zhen.....kita kan kawan....dari kecil lagi saya kenal awak.....
Kini Zhen mula mendengar nasihat dari Lia...Mereka mula belajar bersama....banyak perubahan yang Lia lakukan dalam hidup Zhen....dan dia lakukannya dengan ikhlas untuk melihat Zhen berjaya.....walaupun hati Zhen tidak dapat menjadi miliknya....Namun, kejayaan Zhen sudah cukup bermakna baginya....Lia sedar, Zhen masih mengharapkan Eira kembali dalam hidupnya...dan Lia sedar cintanya tidak akan berbalas...kerana bagi Zhen, Lia hanyalah seorang kawan karib.....keadaan ini berterusan sehinggalah berakhirnya SPM......
bersambung.......
Wednesday, July 10, 2013
Zhen ~part 1
Ini bukan mimpi....ini suatu khayalan....ini
sekadar rekaan...bukan kebenaran.....akan sebuah kisah seorang lelaki yang
bernama Zhen (bukan nama sebenar)...........
Kisah ini bermula ketika Zhen
masih lagi kecil....masih lagi berfantasi dengan alam kanak-kanaknya.....Zhen
yang belum mengerti akan dunia.....Zhen dilahirkan dalam keluarga yang
sederhana...dan dalam keluarga yang amat bahagia..... Ketika zaman
kecilnya....Zhen merupakan kanak-kanak yang agak nakal bersama dengan adik
lelakinya Helmy....Tidak seperti kakaknya yang amat patuh pada ayah dan ibu
mereka.....Badannya dipenuhi kesan parut...bekas-bekas hentaman oleh
ayahnya.....
Zhen menangis teresak-esak
kesakitan....Badannya yang kurus melidi dihentam bertubi-tubi....mujurlah
ibunya datang meleraikan keadaan yang tegang...Suasana menjadi suram...ayahnya
masih terkebil-kebil keseorangan.....Malam itu..tidur Zhen tidak lena...sakitnya
masih terasa....pada ibulah tempat Zhen bermanja...mengadu sakit dan
segala.....
Petang itu, hujan turun dengan
lebatnya...guruh berdentum berdendang bersama sang hujan.....kilat sambung
menyambung memancarkan kilauannya............Zhen sekawan bergembira dengan
keadaan ini....Enjin kenderaan bergema...menyalakan lampu tinggi...memberikan
hon tanda amaran....namun tidak sedikit memperlahankan kelajuan.....Zhen dan
kawan-kawannya hanya menanti di bahu jalan.....menanti air menerpa ke arah
tubuh mereka......
Senja berkunjung tiba....Sang
hujan bersama bahteranya tidak jua memperlahankan langkah...Tiba-tiba
kedengaran suatu teriakan suara....yang amat menggerunkan Zhen....Kawan-kawan
mula lari meninggalkan tempat permainan mereka....Zhen terkaku..lantas ranting
kayu itu hinggap di atas belakang Zhen....Zhen mengeluarkan air mata menahan
kesakitan...menolak basikalnya pulang ke rumah....
Itu cerita belasan tahun yang
lalu....Kini Zhen meningkat remaja..Menjadi remaja bukanlah mudah buat
Zhen.....Meninggalkan zaman kanak-kanak yang tidak begiti
sempurna....kehendak...dan kemahuannya.....Zaman remaja amat berbeza untuk
Zhen....Membuatkan Zhen manjadi seorang remaja lelaki yang langsung tidak
seperti dirinya semasa kecil.....Keinginannya....kemahuannya kini berbeza....
Cinta, Kasih Sayang.....yang
dahulunya tidak pernah terdetik di hati....Kini sudah mula bercambah....angkara
hormon remajanya mula bertindak balas.....Namun, Zhen bukan lagi seorang yang
periang..Zhen membesar menjadi remaja yang pendiam...dan sangat pemalu....
Di sekolah....Zhen bukanlah
seorang pelajar yang pintar....Zhen hanya seperti pelajar-pelajar yang
lain...Kemalasan menguasai diri..Tetapi itu hanya sementara....Apabila
meningkat masuk angka 16 tahun...Zhen berkenalan dengan seorang pelajar
perempuan.... Perhubungan mereka hanya bermula dengan satu senyuman.....yang
akhirnya bercambah menjadi cinta.......Bermulalah episod baru dalam hidup
Zhen....Zhen mula rapat dengan pelajar perempuan itu...dan Zhen menjadi pelajar
yang cemerlang di sekolah....kerana pelajar perempuan itu seorang pelajar yang
amat rajin...dan sering membantu Zhen......
Tiada lagi teman....tiada lagi
kawan...semuanya ditinggalkan....Hanya nama pelajar perempuan itu yang melekat
di hati...Zhen mula renggang dengan rakan-rakannya....membawa haluan
berlainan...Semuanya ditinggalkan hanya untuk seorang gadis...Masa Zhen hanya
terluang untuk si gadis sahaja......Namun, tanpa Zhen sedari...Si gadis
merahsiakan sesuatu dari pengetahuan Zhen....Rahsia yang mungkin akan
menghancurkan perhubungan mereka....dan si gadis cukup licik menyembunyikan
rahsia diri dari pengetahuan Zhen dan rakan-rakan yang lain......
Daun-daun berguguran....dibawa
angin berterbangan.....ketukan di pintu mengejutkan Zhen...mengganggu lena Zhen
di petang hari....Ada suara memanggil-manggil nama Zhen...teriakan itu semakin
kuat diselangi ketukan pada pintu rumah Zhen....Zhen yang masih antara sedar
dan tidak menyahut panggilan itu....Zhen bangun...berjalan menuju ke
pintu.....Selak pintu dibuka...Zhen menarik daun pintu....Terpancar wajah Lia
yang kecemasan....Tercungap-cungap Lia memulakan bicara.....
“Abah kau Zhen...abah kau....Pak Mail..dia kemalangan Zhen.......”
Zhen lantas mencapai kunci
kereta....dibawa kereta kecil itu bersama Lia.....Suasana sepi sepanjang
perjalanan menuju ke Hospital......
Sabar Zhen...Pak Din
menyapa...Pak Din seorang yang sudah berumur dalam lingkunagn 60-an...Ketua
kampung dan ayah kepada Lia......Zhen terus mendapatkan ibunya yang datang
bersama Pak Din....Zhen menangis di pangkuan ibunya..... Lia hanya memandang
Zhen dalam keadaan sayu...Lia seorang gadis kampung...teman sepermainan
Zhen...sudah terlalu lama memendam perasaannya terhadap Zhen...hanya Zhen tidak
menyedarinya......
Tiga jam telah berlalu....Pintu
wad kecemasan masih tertutup rapi....Doktor belum lagi keluar....Hanya
jururawat sesekali keluar dan masuk....Kini hanya tinggal Lia, Zhen bersama
ibunya.....Pak Din telah pulang kerana ada urusan di kampung.....Suasana
kembali menyepi...Lia hanya melihat tanpa sepatah kata....
Deringan telefon mengejutkan
suasana yang sepi...Zhen memandang skrin telefonnya...tanpa menjawab panggilan
itu....
“Siapa?” suara Lia menyapa....Zhen hanya memandang skrin
telefonnya....dan memadamkan telefon.....
Zhen : Lia, engkau pulanglah dahulu...biarkan aku sahaj yang menunggu....Ayah
mu pasti menunggu mu di rumah.....Ibu pun pulanglah....biarkan Zhen sahaja di
sini.....
Lia : tapi....suara Lia terhenti.......
Zhen : Zhen lantas menyambung....oh..aku hampir terlupa...aku akan hubungi
ayah mu....
Lia hanya mengiyakan....perbualan
mereka terhenti....
Lampu kecemasan terpadam....Pintu
dibuka...Dr. Haikal melangkah keluar....terus menuju ke arah Zhen yang masih
menanti....Zhen mendapatkan Dr. Haikal....bertanya keadaan ayahnya....Dr.
Haikal termenung seketika...merenung tepat ke arah mata Zhen...dan membuka
bicara.....Zhen tergamam mendengar kata-kata Dr. Haikal....Zhen diminta segera
untuk mengubungi ibu dan kakaknya untuk usrusan pembedahan lanjut....dengan
secepat yang mungkin......
Tanda tangan diturunkan...tanda
persetujuan untuk pembedahan....Persediaan dilakukan...Doa tidak putus-putus
dari keluarga dan sahabat terdekat.....Tubuh kaku yang masih dalam koma ditolak
ke bilik pembedahan.....Zhen sekeluarga bersama saudara mara sudah
sediamenunggu....Suasana suram menyelubungi penantian yang amat
memeritkan......
Panggggg!!!.....bunyi pintu
dihempas deng kut....Emyra atau lebih dikenali dengan paggilan Eira...si gadis
yang menjadi pujaan hati Zhen...amat marah kerana sudah beberapa hari Zhen
tidak menghubunginya...malah panggilan darinya juga tidak dibalas oleh
Zhen....Sudah beberapa hari berlalu tanpa sebarang berita dari Zhen....Malah
Zhen juga tidak hadirkan diri ke sekolah...Eira menjadi buntu..tiada tempat
untuknya bertanya tentang Zhen...kawan-kawan juga hanya diam membisu....kerana
Zhen meminta untuk dirahsiakan hal yang terjadi pada keluarganya dari
pengetahuan Eira.....Eira hanya mampu merenung ke arah telefonnya menunggu jika
ada panggilan dari Zhen...
Setelah beberapa jam
menunggu....penantian yang dirasakan terlalu lama....akhirnya..pintu bilik
dibuka...wajah Dr. Haikal muncul di sebalik tirai....Wajah Dr. Haikal sudah
mampu menceritakan segala-galanya....suasana hiba menyelubungi keadaan....Dr.
Haikal membuka bicara...menyatakan Pak Cik Mail tiada lagi...telah pergi untuk
selamanya....Zhen terdiam...air mata membasahi pipi.....Dr. Haikal hanya mampu
menepuk bahu Zhen dan meminta Zhen bersabar dan menerima ketentuan
Ilahi.......Ayahnya sudah tiada lagi disisi.....seorang lelaki yang telah
membentuk Zhen selama ini....Kini hanya tinggal kenangan......dia telah pergi
untuk selamanya......
SETAHUN KEMUDIAN.......
Zhen kini akan menghadapi ujian
terbesarnya sebagai seorang yang bergelar pelajar....SPM....Namun, Zhen bukan
lagi seperti dirinya setahun yang lepas...Kehilangan ayahnya terlalu
dirasai....yang menjadikan Zhen seorang pelajar yang amat dikenali kerana
masalah disiplinnya.......Setelah kehilangan ayahnya...Zhen mengalami
kemurungan...Prestasi pelajrannya jatuh menjunam...merosot dengan amat
teruk....dan Eira yang menjadi teman Zhen mungkin merupakan punca diri Zhen
berubah dengan mendadak.....yang telah menghancurkan jalan hidup Zhen......
SUATU ketika dahulu.......
Zhen mengerang
kesakitan....bdannya dipukul bertubi-tubi...tanpa sedikit pun belas
simpati...Zhen berlumuran darah...Zhen ditinggalkan di lorong gelap itu
bersendirian.....Mencari sedikit kekuatan untuk berdiri....menggagahkan kaki
melangkah...berjalan pulang ke rumah.....memikirkan ibu dan kakaknya tentu
sahaja sedang menunggu.....Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.30
malam...Zhen masih lagi belum pulang ke rumah...keadaan ini membuat ibunya amat
risau dan terus menanti di ruang tamu......kakaknya sudah tidur kerana perlu bangun
awal ke tempat kerja.....Telefonnya juga tidak dapat dihubungi.....Zhen singgah
di sebuah surau untuk membersihkan diri dari darah yang membasahi
dirinya....dan bajunya.....
Pintu dibuka...perlahan-lahan
Zhen masuk ke rumah....Ibunya sudah dibuai mimpi...Zhen masuk ke biliknya tanpa
mengejutkan ibunya yang sudah nyenyak.....Tidur Zhen sering dikejutkan oleh
rasa sakit pada badannya....Zhen tidak ke sekolah pada esoknya kerana tidak
mahu rakannya tahu akan kejadian yang telah menimpa dirinya....Zhen hanya
berada di rumah sepanjang hari bersama ibunya....Kakaknya telah keluar ke
tempat kerja selepas subuh lagi.....Ibu Zhen cuba juga bertanya apa yang
terjadi padanya...namun Zhen berdalih dengan mcam-macam alasan untuk mengelak
ibunya dari mengetahui perkara yang sebenar....
Kata-kata lelaki semalam masih
bermain di halwa telinga Zhen....
“Engkau jangan sesekali dekatkan diri dengan Eira lagi...kalu tidak mati
kau aku kerjakan...”
Zhen masih mengelamun
sendirian...di halaman rumahnya.....Tiba-tiba Eira muncul
dihadapannya....lantas Zhen teringat cebisan kata lelaki semalam yang telah
memukulnya.....
“Eira itu anak Tan Sri...kau sedarlah sikit siapa engkau dengannya”
Assalamualaikum.....Suara itu
mengejutkan lamunan Zhen....Dipandang wajah Eira seraya menjawab salam
Eira.....Fikirannya masih bercelaru memikirkan kejadian semalam....
Eira : awak, kenapa tak pergi ke sekolah???....panggilan telefon pun awak tak
jawab...awak ada masalah ke?????
Zhen : saya tak ada apa-apa....awak pulanglah...keluarga awak tentu risau....
Eira : tapi...kenapa awak tidak hiraukan saya???...saya da buat salah ke????
Zhen : Eira pulanglah....jangan cari saya lagi...
Eira : kenapa dengan awak ni???....boleh saya tanya sesuatu??....kenapa ada
lebam-lebam kat muka awak???
Zhen : Zhen terdiam....
Eira : terus terang sahaja Zhen...ada orang cari awak semalam kan...apa mereka
cakap pada awak???....ini mesti orang suruhan ayah saya....maafkan saya Zhen
sebab rahsiakan siapa saya yang sebenar.....
Zhen : kalu awak sudah tahu begitu....baguslah....kita tidak harus
bersama...dengarlah apa yang ayah awak kata Eira....tinggalkan saya....
Eira : tapi
Zhen....saya....
Kata-kata Eira terhenti....setelah terlihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Zhen....Kereta
yang amat dikenali oleh Eira....Kereta Tan Sri Khalid...ayahnya.....Pintu
kereta dibuka...satu susuk tubuh berjalan menuju ke arah mereka....lantas
menarik tangan Eira....Eira meronta-ronta mohon dilepaskan....Satu tamparan
singgah di pipi Eira.....Eira menangis dan berlari menuju ke arah kereta dan
mendapatkan ibunya........
Tan Sri Khalid : kamu dengar sini baik-baik budak....jangan
sesekali berani berjumpa Eira lagi....dan kamu tak akan berjumpa dengannya lagi
selepas ini......
Tan Sri Khalid terus berlalu
pergi...meninggalkan Zhen sendirian.......
Sudah seminggu Zhen tidak
berjumpa dengan Eira....di sekolah juga Eira tidak ada.....dan samapi satu
berita kepada Zhen...Eira sudah berpindah ke sekolah lain...mungkin di bandar
atau ke luar negara.....Zhen terputus hubungan dengan Eira....walaupun Zhen
tidak mahu berjumpa dengan Eira....namun hati kecilnya sering merindukan saat
mereka bersama.....Zhen terputus hubungan dengan Eira.....Zhen hilang punca
bagaimana untuk berhubung dengan Eira....Zhen tidak mendapat khabar berita
mengenai Eira semenjak dari hari itu......
SETAHUN sudah berlalu.....Zhen
kini di tingkatan lima....SPM akan ditempuhi....Namun, Zhen bukan lagi pelajar
yang cemerlang seperti dulu...semasa Eira masih disisinya....Dia mula hilang
arah dalam pelajaran....Bergaul dengan pelajar yang bermasalah....menghisap
rokok....ponteng sekolah....bergaduh....buli...kini sebati dengan jiwa
Zhen.....
Lia gadis yang masih menyimpan
perasaan terhadap Zhen....amat risaukan keadaan Zhen....Zhen berubah dengan
amat drastik setelah kehilangan Eira.....Lia pula terus cuba mendapatkan hati
Zhen...untuk kembali menjadi pelajar yang ada wawasan.....Namun, Zhen langsung
tidak menghiraukan teguran dan nasihat dari Lia....dari seorang pelajar yang
cemerlang menjadi pelajar yang tidak lagi mendampingi buku.....Zhen menjadi
pelajar yang sngat liar....mukanya menjadi pelawat tetap bilik disiplin........
bersambung.....
Monday, July 8, 2013
Secebis Memori Hitam
Suatu ketika dulu...yang terus menghantui dirinya.............gagahkan diru mu...teguhkan iman mu.....
Pahit bukannya hempedu.....
Manis bukan pula madu....
Senyum bukan kerana gembira.......
Tangis bukan pula kerana berduka....
Terlalu besar dugaan yang perlu engkau hadapi...Terlalu banyak perkara yang bermain-main di kotak fikiran....Satu persatu ia muncul di benak pemikiran mu....Dan terus bercambah dengan persoalan yang baru......
Bukan mudah untuk melupakan.....
walaupun masa terus berjalan....
Memori itu masih berlari di ingatan.....
Biarlah ia menjadi pengajaran....
~goldbird~
Sunday, June 23, 2013
Jadikanlah si dia halal untuk ku....
adakah
mampu aku meneruskan perjalanan ini.....menuju sebuah impian dalam
perhubungan....bawalah daku bersama mu....bersama kita cipta
bahagia.....biarlah mendapat keredhaan dari-Nya....agar cinta ini tidak
sia-sia....
sayang...cintailah aku...aku akan sentisa mencintai mu...degup jantung ku tidak menentu kerana mu...wajah manis mu selalu ku terbayang...senyum manja mu membuat ku tersenyum sendirian....
bilakah masanya....kita akan bersua....suara mu ingin sekali ku dengar lagi....namun bibir ku terkunci rapi....
aku memohon kepada-Nya....satukanlah hati ini dengan dirinya......jodohkanlah aku bersamanya.....biarlah dia membahagiakan hidup ku....agar aku bisa membahagiakan dirinya.....jadikanlah dia halal untuk ku....
sayang...cintailah aku...aku akan sentisa mencintai mu...degup jantung ku tidak menentu kerana mu...wajah manis mu selalu ku terbayang...senyum manja mu membuat ku tersenyum sendirian....
bilakah masanya....kita akan bersua....suara mu ingin sekali ku dengar lagi....namun bibir ku terkunci rapi....
aku memohon kepada-Nya....satukanlah hati ini dengan dirinya......jodohkanlah aku bersamanya.....biarlah dia membahagiakan hidup ku....agar aku bisa membahagiakan dirinya.....jadikanlah dia halal untuk ku....
Saturday, June 22, 2013
Tamparan Sebuah Senyuman.....
Sudah lama hati ini tidak menggila....ledakan di dasar hati membuak-buak....membawa bersama arus yang bergelora......lama sudah tidak aku merasai...gelombang rasa ini......Ingin sekali aku mengungkapkan kata cinta......tetapi bibir ku terkatup rapi......Di hati ku terdetik....tidak ingin lagi aku ulangi sejarah lalu.....sejarah yang telah memerangkap aku........sesuatu yang telah pun berakhir.......Akan ku buka lembaran baru....akan ku ungkapkan rasa ini...agar sudi dirinya menjadi penghias hidup ini.....menjadi peneman hati yang telah lama sepi.....
Senyum mu membuat rasa ini datang kembali....sudah banyak kata yang aku ungkapkan...tanpa dia menyedari akan rasa di hati ini....Masa terus berlalu...senyum mu terus melayang....membuat aku menjadi tidak menentu.....wajah manja mu ada di mana-mana....Izinkanlah aku...melihat senyuman itu lagi...akan ku simpan dalam ruang hati ku.....agar sentisa kekal di ingatan ini......Dengan segunung harapan....aku nyatakan hasrat hati....Aku teguhkan tembok hati....agar bisa menahan badai yang mungkin menimpa.....
Senyum mu kini aku dakap erat......hati mu ingin ku genggam penuh kasih......Mengertilah wahai pemilik senyuman....berilah sedikit kesempatan.....untuk aku berkongsi rasa ini.......sesekali terdetik di hati ku...sempurnakah aku untuknya....apakah layak aku bersamanya.....bagi ku...dia amat sempurna...tiada cacat celanya....
Mungkin aku tidak petah berbicara...mengeluarkan ayat berbunga-bunga...berpuitis..Tidak pandai aku bermadah seindah puisi.....Namun...akan ku lemparkan ikhlas dari sudut hati.....aku hanya insan kekurangan...hanya keikhlasan hati ku bawa bersama......terima kasih ingin aku nyatakan.....aku berharap...ini semua bukan lagi mimpi.....
~goldbird~
Mimpi Kehilangan.........
Di malam sunyi yang dingin.......aku bersama dua lagi rakan ku menuju ke sebuah warung....sudah menjadi kebiasaan kami berkunjung ke warung pakcik tua itu....Malam ini...tidak ramai orang seperti kebiasaanya....dan beberapa lagi warung juga kelihatan kosong....kami duduk di satu tempat...tempat yang menjadi "port" kami di kedai itu....
Selesai makan...kami beredar...meninggalkan warung pakcik tua itu.....Pada kebiasaanya kami akan menaiki motosikal....tetapi pada hari ini...kami berjalan kaki sahaja......sesuatu yang tidak pernah kami lakukan....kami menuju ke suatu tempat....melalui jalan yang diterangi cahaya lampu jalan dan dilimpahi cahaya rembulan.....ditemani bunyi unggas malam ( cengkerik jer pun )
Setibanya kami di suatu kawasan.....aku pantas teringatkan sesuatu.....sesuatu yang harus ada pada aku....aku melihat dua orang rakan ku....seperti jangkaan aku....mereka memiliki hak milik mereka.....aku terpaku...menghentikan langkah ku....seraya itu hati ku berkata...aku harus kembali ke kedai pakcik tua itu......
Kami berpatah arah.....melalui lorong-lorong yang telah kami tempuhi....menuju ke suatu destinasi...warung lelaki tua itu....Hujan mula membasahi bumi...menemani kerisauan hati ini....Alam seakan mengerti...bersama berduka....Tanpa aku peduli...aku teruskan langkah ini...walaupun hujan menimpa diri...aku tidak hiraukan lagi....Aku mahukan hak aku kembali....di sisi ku...seperti selalu....
Tiba di satu persimpangan....sang hujan tidak sedikit pun menunjukkan belas simpati.....terus menujah ke arah tubuh ini..........Aku melinta ke seberang jalan....melihat rakan ku masih di bahu jalan.....menjerit-jerit ke arah ku....pantas ada suatu kilauan cahaya menyinari pandangan ku.....pantas cahay itu melintasi aku....biasan air menerjah tubuh ku....Binatang besi itu berlalu pergi...tanpa rada bersalah........tanpa perasaan.......
Langkah ini harus aku teruskan......belum sempat aku melangkah lebih jauh....deria aku menangkap satu bunyi....bunyi yang amat mengganggu aku...Aku berpaling ke arahnya.............mencapainya....lantas aku menekan satu butang yang ada padanya.....dan bunyi itu hilang.....hilang bersama rakan-rakan ku......
Kini, aku diselubungi kesejukan pagi....Kedai makan...orang tua....malam sunyi....bunyi cengkerik....itu semua turut lesap.....baru aku sedari...semua ini hanya permainan mimpi....
~tamat~
~gold_bird~
10 Jun 2013
Friday, February 15, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)