Friday, September 20, 2013

Zhen ~part 2

Bilik disiplin....suasana sepi...Zhen melangkah perlahan...menghadap Cg. Ismail...Kakak Zhen turut dipanggil pihak sekolah.....Cikgu Fatimah menjemput Zhen dan kakaknya, Hawa untuk duduk....Suasana menjadi tegang.....Cg. Fatimah selaku P.K Hem menjelaskan permasalahan yang dihadapi oleh Zhen kepada Hawa......dan Zhen kemungkinan akan diambil tindakan buang sekolah..kerana tindakannya yang telah menyebabkan seorang pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital......Namun, kakak Zhen sedar Zhen akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini......Lantas Hawa merayu pada pihak sekolah supaya meringankan hukuman untuk adiknya..........Setelah perbincangan, akhirnya Cg. Fatimah bersetuju untuk meringankan hukuman terhadap Zhen.....Ini juga disebabkan kerana Cg. Fatimah amat mengenali Zhen dan berharap Zhen akan kembali kepada dirinya yang asal seperti dahulu......Zhen diminta untuk menjaga kelakuan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama........

Masa terus berjalan.....Zhen digantung sekolah lagi....bukan untuk kali pertama........termenung di halaman rumahnya.......Tiba-tiba satu suara mengejutkan lamunan Zhen........

"Aku akan membantu engkau Zhen".......Suara itu hinggap di telinga Zhen.....dan Lia sudah berada di sisi Zhen.....

Zhen : Usahlah kau hiraukan aku lagi Lia....Aku budak jahat....tak sesuai berkawan dengan engkau lagi.....

Lia    : Mana perginya Zhen yang pernah saya kenali dahulu....saya rindukan dia...kembalilah Zhen....

Zhen : Aku yang dulu ???......itu sejarah Lia....Aku mahu lupakan semuanya.....

Lia    : Tapi...awak pilih jalan yang salah Zhen...awak harus buktikan yang awak juga mamou berjaya....Bukan berputus asa sebegini...Apa??...awak fikir Eira akan gembira dengan keadaan awak sekarang.....Tidak mungkin Zhen.....Tidak mungkin !!!

Zhen : Lia..jangan engkau sebut lagi nama itu...nama yang membuat aku gila...aku hilang arah....

Lia    : Sampai bila Zhen...awak mahu seperti ini...sebab itulah saya mahu membantu awak...kita sama-sama belajar...seperti dulu...Saya yakin awak boleh berjaya Zhen.....

Zhen : Sudahlah Lia....baik kau pulang sahaja....jangan ganggu aku lagi....

Lia    : Tapi Zhen....

Zhen : DIAM !!!.....kau balik sekarang...pergi !!!

Lia terdiam kaku...melangkahkan kaki perlahan berlalu pergi...Hawa yang menyedari hanya memerhati dari jauh....



Suatu pagi.....Bunyi di dapur mengejutkan lena Zhen...Zhen pergi untuk menjenguk....terlihat akan kelibat akaknya Hawa di dapur......

Zhen : Kak,,,akak tak kerja hari ni?

Hawa : Tidak Zhen...akan cuti...mari makan akak dah siapkan sarapan...

Zhen :  Baiklah kak...tapi mengapa akak ambik cuti..akak tak sihat ke?

Hawa : A'ah Zhen...akak sakit lihat kau...dan akak nak bawa kau melawat suatu tempat hari ni...

Zhen : Ish akak ni...main-main pula......tapi akak nak bawa saya pergi ke mana?

Hawa : Kau ikut sahaja...nanti kau tahu jugak tempatnya......

Zhen hanya menurut kehendak kakaknya tanpa banyak bantahan.....Ibunya hanya memerhatikan telatah anak-anaknya......Pagi itu berlalu pergi...seperti pago-pagi yang lain.....

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Petang itu.....setelah membaca surah yasin dan menghadiahkan pahala bacaan itu kepada arwah ayahnya.....Hawa membuka bicara......

Hawa : Kau tahu Zhen kenapa akak bawa kau ke sini...Ini kubur ayah Zhen...ayah yang telah membesarkan kita...mendidik kita....Kau ingat tak lagi pada ayah Zhen???

Zhen : Hmm....yea kak...ingat..Zhen Pun rindukan ayah.

Hawa : Ingat lagi apa yang pernah Zhen janjikan dengan ayah dulu?

Zhen : Yea kak...Zhen ingat...Tapi kak...Zhen tak mampu nak tunaikan janji Zhen...Zhen tak mampu kak....

Hawa : Kau mampu Zhen...jangan hampakan harapan ayah...Lia pun sanggup membantu kau Zhen...

Zhen : Tapi kak....

Hawa : Kau sedar tak Zhen...Sebenarnya Lia dah lama sukakan kau....kau tahu kenapa dia nak sangat tolong kau.....Dia tak nak lihat kau gagal Zhen......

Zhen : Hmm.....Baiklah kak...Zhen akan cuba untuk berubah....anggaplah ini sebagai janji Zhen dengan akak....Marilah pulang kak...hari dah senja ni.....

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Maafkan aku Lia...suara Zhen mencelah ketika di perpustakaan...Zhen memberanikan diri menghampiri Lia yang sedang berbincang rakan sekelas mereka....Lia meminta Zhen untuk duduk agar gelagat mereka tidak disedari oleh Cg. Jamal yang sedang melayan pertanyaan dari pelajar lain.....

Zhen :  Maafkan aku Lia...aku tahu...aku terlalu kasar dengan engkau tempoh hari....Aku tahu kau nak tolong aku...bukan aku tak mahu Lia....tapi aku malu dengan diri aku sekarang....

Lia   : Zhen...biarlah saya bantu awak.....saya tak sanggup lihat awak macam ini lagi.....

Zhen : Baiklah Lia...aku pun dah berjanji dengan akak Hawa....aku akan bina hidup aku kembali...aku harap tidak terlalu terlewat aku tersedar......

Lia    : Tak mengapa Zhen....belum terlambat lagi...masih ada masa Zhen....saya kan ada untuk bantu awak.....

Zhen : Terima kasih Lia......

Lia    : Tidak mengapa Zhen.....kita kan kawan....dari kecil lagi saya kenal awak.....


Kini Zhen mula mendengar nasihat dari Lia...Mereka mula belajar bersama....banyak perubahan yang Lia lakukan dalam hidup Zhen....dan dia lakukannya dengan ikhlas untuk melihat Zhen berjaya.....walaupun hati Zhen tidak dapat menjadi miliknya....Namun, kejayaan Zhen sudah cukup bermakna baginya....Lia sedar, Zhen masih mengharapkan Eira kembali dalam hidupnya...dan Lia sedar cintanya tidak akan berbalas...kerana bagi Zhen, Lia hanyalah seorang kawan karib.....keadaan ini berterusan sehinggalah berakhirnya SPM......


bersambung.......


No comments:

Post a Comment