Friday, September 5, 2014

Fake Facebook !!!

Facebook @ diMELAYUkan "MukaBuku" bukan asing bagi penduduk bumi terutama penduduk MALAYSIA antara pengguna tertinggi......Dari sumber yang tidak diketahui mengatakan setiap seorang penghuni bumi mempunyai sebuah akaun Facebook atau mungkin lebih.......Kalau ikut perkiraan budak yang tak berapa nak mahir dalam ilmu kimia macam aku ni, boleh aku mengata bukan mengutuk bahawa mungkin setiap pasangan suami isteri telah mendaftarkan akaun Facebook untuk anak mereka semasa kandungan berusia 2 minggu lagi....Ini juga bermakna baby mereka akan mendapat akaun Facebook terlebih dahulu sebelum mendapat sijil kelahiran ke muka bumi yang dah tak berapa nak indah ni,.......Fuhhhhh teknologi melangkaui kepantasan manusia........sehingga aku meramalkan manusia tidak akan kenal lagi manusia.....faham tak????.....ntah aku pun tak berapa nak faham ni....haha

Fake Facebook !!! @ akaun Facebook palsu.....orangnya "real" facebook jer yang "fake"....Fake Facebook ni dah lama menjajah....Sedangkan manusia ada yang fake, apatah lagi Facebook.....Facebook Oiii Facebook, macam-macam ragam, macam-macam kontroversi, macam-macam lagi....Bestnyerrr Fake Facebook ni macam-macam hal boleh buat, terutama buat hal...buat pasal....Syok juga ek ada fake Facebook ni.....hehehe.....Ada beberapa spesis gak pengguna Fake Facebook ni.....Menurut sumber yang tak bertapis oleh penapis lemak labi-labi, mohon baca sendiri.....keh3

1. Golongan Batak....
Spesis pertama yang aku sangat suka dan berminat...GOLONGAN BATAK !!!....Sebuah spesis yang tidak ada ubat untuk proses penyembuhan...spesis yang semakin membiak, semakin membesar dan adalah mustahil untuk mengecil.....Batak kalau aku nak cerita pasal depa ni sampai ke tahun depan....Jadi nak disenangkan cerita Batak ni ada bermacam jenis....bukan yang kaum Batak di Indonesia yerrrr......haha.....Tetapi ini batak punya batak di laman-laman sosial teruatama di Facebook......tapi kalau ikut apa yang aku lihat ramai batak ni guna akaun Facebook yang betul bukan fake.....hahahaha.......Batak Ohhh Batak.....Bak kata pepatah yang tak juga patah sampai kini.....

"Sekali tak membatak dalam sehari, Ajal akan mencabut nyawa si pembatak"

2. Basher...
Kalau dah ada BATAK FB.....timbul lagi satu spesis pengguna yang melawan keturunan-keturunan batak.... Mereka ni aku senang panggil BASHER @ Pembasmi Batakrianssssss ...... hahahahaha..... Kadang-kadang mereka ni beradab dalam menegur spesis batak...tapi kalau dah terlampau mereka punya ayat juga boleh jadi melampau......tapi yang agak bagus mereka ni tak ada nak mempermainkan nama bapak @ mak.....tak macam budak-budak batak babi ayat penting mereka kalau bertekak...haha

3. Geng Ustaz....
Geng ni agak bagus.....tapi depa ni biasa guna akaun betul....tak pakai fake akaun....tapi ada juga yang pakai fake akaun....biasalah untuk keselamatan dari dihack oleh budak2 yang depa tegur.....kuat sentap budak-budak sekarang ni....konon mak ayah depa pun tak pernah tegur depa jadi depa rasa orang lain tak ada hak untuk tegur......ini la orang kata bongok bertingkat-tingkat......Berbalik pada geng ustad ni...mereka ni menegur bagus dah walau cara dan keadaan tak betul.....lebih elok tegur secara personal bukan tegur sebaangan di mana-mana grop atau post atau status mereka......Mereka ni baguslah sebab guna pengetahuan agama.....hadis-hadis semua keluar...keh3....bagi insaf sikit budak yang tak berapa nak betul.....yang dah jahanam rosak teruk memang susah dah nak diperbaiki tapi yang baru nak berkecimpung dalam kesesatan boleh lagi diperbaiki......kannnn

4. Spesis Clone....
Spesis yang ke-4 ni aku rasa paling bahaya.....Spesis "CLONE"...spesis yang boleh timbulkan fitnah...dan tenggelamkan sebanyak mungkin kepercayaan manusia.....Cuba bayangkan hari semalam...tak kisah la malam isnin ka malam rabu ka malam jumaat ka.....keh3....Tiba-tiba hari ini akaun kamu sudah mempunyai kembar yang sangat menyerupai akaun kamu.....pening tak ayat aku....haha...Cuba fikir masak-masak dulu kalau sudah basi mengalir air mata secawan cawan kopi belum tentu kamu gembira kembali......Disebabkan itu, jangan berakaun kalau tidak tahu menjaga....Sendiri mencari, Sesudah mendapat, pandai-pandailah selesai sendiri..jangan pula menyendiri......Spesis lain terutama Basher dan Geng Ustad sedia membantu berkhidmat dan menjalankan jari jemari di atas "keyboard"....Berperang bersama demi mendapatkan hak kamu semula sebagai pengguna Facebook.......ingat jangan sampai akaun korang ada kembar nanti....hahaha

5. Mencari Diri Sendiri....
Jangan nak hairan sangat.......pada siapa-siapa yang sedang merasa tak berapa nak sempurna dengan facebook yang dimiliki sekarang...aku sarankan cepat-cepat buat lagi satu akaun facebook lepas tu jangan lupa add aku........hahaha...kita buat kerja gila ok.....ngeh3....Kadang-kadang akaun betul ada batasan dengan apa post kita.....status kita.....tersekat.....nak buat status kena fikir dulu...itulah...inilah.......jadi buat fake akaun jer post la apa pun jangan jadi BATAK sudahlah.......

Oklah malas dah aku nak cerita panjang-panjang bukan ada makhluk yang respons kan.....layan otak sendiri jer la....hehe........

P/S kalau ada bodoh mohon disimpan....jangan nak tunjuk sangat kat dunia.......wat malu jer........


No comments:

Post a Comment