Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,
akhirnya segala usaha dan keazaman kami dalam menyiapkan projek landskap smk
seri berang di bawah kelolaan panitia pendidikan seni visual dan diletak sebagai
projek ts25 iaitu kefahaman melalui reka bentuk (kmr) telah berada dalam fasa
akhir. Kami iaitu cg.khairose, cg.azmi dan cg. farrah sebagai pembimbing dan
dibantu oleh en.yusri sebagai mentor kepada pelajar dalam projek pembinaan
landskap smk seri berang ini. Tidak dilupakan pengetua cemerlang smk seri berang, puan nor hayati binti abd hamid kerana ideanya dan perancangan yang hebat dalam menjayakan projek ini.
Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam pembinaan taman landskap smk seri berang ini. antara nama yang terlibat adalah Ahmad Hazim Amsyar, Amirul Mukminin, Iqwal Hafiz, Amir Farhan, Aidil Fahmi, Arif Darwisy, Syamsuri, Aidil Zaquan, dan Adam Adif. Tanpa mereka ini perjalanan projek ini mungkin tergendala. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana menjayakan projek ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pok tam (pekerja serba boleh) selaku orang kuat smk seri berang (siber) dan juga pada pekerja kebersihan mirul dan yo banyak membantu sepanjang membina taman ini.
Semoga ini menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anak-anak pelajar sekalian dan menjadi pengalaman yang tidak ternilai. Setelah berpanas dan berhujan, anda sememangnya anak-anak siber yang hebat. Sekian, jumpa lagi.
~Cikgu Azmi Ibrahim~
No comments:
Post a Comment