Bertarikh 15 Februari 2012...pada
hari rabu, pukul 9:30 am...bilik empat......bertempat di Hotel Seri Malaysia,
Kuala Terengganu........Aku telah menghadiri temuduga yang dikendalikan oleh
pihak SPP....Aku sampai dalam pukul 9:10....agak
lewat berbanding kawan aku yang sudah tiba seawal 8:34 am lagi......Sampai
sahaja aku di Hotel aku terus berjumpa denganya dan pergi ke bilik menunggu dan
mendaftar.....Aku agak kelam kabut sedikit kerana ingin menyusun salinan sijil
dan sijil asal termasuk MyCard dan juga Sijil Kelahiran mengikut susunan yang
telah dinyatakan dalam surat senarai semak..........Setelah itu, aku telah
mendaftar dan menunggu untuk ditemuduga bersama kawan-kawan aku yang lain......
Seperti biasa, perasaan berdebar
mula menguasai diri, nafas mula tersekat di kerongkong......Kawan-kawan mula
berbicara tentang soalan yang akan diajukan.....dan mereka mula
berbincang....Aku hanya mendengar dan sesekali mencelah.......Tapi, aku lebih
banyak bergurau.....untuk menghilangkan rasa rimas yang ada......Aku memang
suka bergurau, tidak mengira tempat dan keadaan...Tapi aku rasa keadaan itu
sesuai untuk bergurau untuk menghilangkan tekanan yang ada.....
Kadang-kadang mereka ini bercakap
mengenai sesuatu yang tiada dalam persoalan yang akan timbul......Ini juga
adalah salah satu cara untuk menangani stresssssss.....Cuba mengalihkan
perhatian kepada perkara-perkara lain.........

Setelah agak lama menunggu
giliran kami tiba..... Akhirnya nama aku dipanggil dan diikuti oleh empat lagi
nama kawan aku menandakan sudah sampai masa untuk kami berlima
ditemuduga......Aku masih sempat bergurau.....hahahaha
Dalam perjalanan ke bilik
4....kami diberitahu bahawa penemuduga telah keluar untuk minum.....Jadi kami
menunggu di hadapan bilik 4...... Aku berjalan ke sana....ke sini......tarik
nafas panjang-panjang.......penemuduga kami seorang melayu dan seorang india dua-dua
adalah lelaki........( perut aku dah mula rasa tak selesa....nasib lepas masuk
ok )
Dalam 10 hingga 15 minit menunggu....Aku
nampak mereka berjalan ke arah kami dan perasaan berdebar mula
membuak-buak.....Aku harus bertenang.......kerana aku adalah calon pertama yang
akan masuk....mengetuk pintu dan memberikan salam....dan disusuli kawan aku
mengikut susunan........
Aku dah terangkan apa yang aku
lakukan semasa tiba di Hotel Seri Malaysia.......Sekarang aku nak berikan
beberapa soalan yang ditanya pada kami berlima yang masih aku ingat.......
Sebelum itu aku nak bagitahu cara
terbaik untuk memulakan interview dengan baik.....
1. Masuk
ke dalam bilik setelah dipanggil / dibunyikan loceng
2. Ketuk
pintu dan berikan salam
3. Masuk
dan berjalan dengan sopan
4. Berdiri
di tempat masing-masing
5. Duduk
apabila diminta oleh penemuduga
6. Duduk
dengan sopan dan jangan bercakap
7. Sesi
temuduga bermula setelah penemuduga memulakan
Setelah penemuduga memulakan
sesi, aku sebagai calon pertama diminta untuk memperkenalkan diri....Jadi
perkenalkan diri dengan ringkas ( setelah penemuduga melihat aku seperti tiada
apa untuk diberitahu, penemuduga akan bertanya ) ....................Berikut
merupakan antara soalan-soalan yang ditanya yang sempat aku simpan dalam memori
( otak ) aku.....
1. Rukun
Negara
·
Kepercayaan Kepada Tuhan
·
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
·
Kedaulatan Undang-undang
·
Keluhuran Perlembagaan
·
Kesopanan dan Kesusilaan
Dibawah adalah
makna bagi setiap Prinsip Rukun Negara ( tidak ditanya dalam temuduga aku )
Kepercayaan
Kepada Tuhan
·
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan
Kesetiaan
Kepada Raja dan Negara
·
Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Kedaulatan
Undang-undang
·
Patuh kepada undang-undang yang telah digubal
supaya keamanan negara dicapai
Keluhuran
Perlembagaan
·
Melindungi hak dan keistimewaan warganegara
·
Menghormati, menghargai maksud dan latar
belakang penggubalanya
Kesopanan
dan Kesusilaan
· Sifat sopan santun dan tatasusila penting dalam
mewujudkan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum
2. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)
· Usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh bagi mewujudkan insan yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI )
3. JERI
dalam FPK
Kami ditanya
mengenai JERI dan makna JERI......Kami cuba menjawab dengan baik....Ini antara
jawapan yang masih aku ingat yang diberikan oleh kami......ada kurang dan
mungkin ada penambahan dari aku.....( kalau aku salah tolong betulkan dan aku
akan kemaskini...terima kasih )
· Jasmani = Pelajar bukan sahaja cerdas dalam
bidang akademik, malah haruslah cergas anggota fizikal....
·
Emosi = Berkaitan dengan perasaan
·
Rohani = Sifat-sifat dalaman terutama
nilai-nilai murni
·
Intelek = Pengetahuan
4. Pendidikan
Seni di Sekolah
·
Matlamat pendidikan seni di sekolah adalah
bertujuan untuk menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.......
·
Melahirkan golongan yang kreatif, inovatif,
kritis
Ø
Kreatif = menghasilkan idea baru
Ø
Inovatif = mengubah idea lama ke idea baru
Ø
Kritis = berfikir secara lebih mendalam
·
Bertujuan mengenali budaya............
· Subjek yang merentasi mata pelajaran lain
seperti sains yang memerlukan kemahiran melukis......
· Boleh bawa pelajar belajar di luar kelas untuk
mendapat ilmu...contoh dalam tajuk jalinan, untuk menyatakan jalinan sentuh
kepada pelajar seperti kulit pokok, guru boleh meminta pelajar untuk merasa
sendiri jalinan sentuh........
· Memerlukan BBM yang konkrit agar pemahaman
pelajar lebih berkesan.....
· Boleh mnggunakan ICT dalam menunjukkan sesuatu
yang sukar diperolehi terutama berkaitan contoh karya.....video....tutorial....latihan.......
· Seni dalam kehidupan seharian – manusia sentiasa
memerlukan seni dalam kehidupan, bagi aku setiap insan yang dilahirkan ke atas
dunia ini mempunyai seni di dalam diri masing-masing.....kerana setiap dari
kita ingin kelihatan cantik / kacak...bergaya dan sebagainya yang melibatkan
perasaan....dan perasaan itulah yang menimbulkan seni di dalam diri setiap
individu.....( aku tak jawab yang ni..blank...huhuhu )
· Setiap perkara yang dilakukan memerlukan seni dan
itulah realiti yang perlu diterima kepada mereka yang mengkritik seni hanya
lukisan.......seni bukan hanya lukisan..seni merangkumi segala aspek
kehidupan......( malas nak membebel panjang-panjang, sampai sini je...haha /
yang ni pun aku tak jawab....huhu...aku dah lupa apa yang aku jawab.... )
·
Ada lagi tapi aku dah lupa......kalau ada
penambahan tolong kongsikan yer.....
5. PPSMBI
· Isu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris.......Isu yang utama adalah berkenaan Kajian yang
dijalankan menunjukkan perbezaan yang terlampau besar antara pencapaian pelajar
luar banadar dengan pencapaian pelajar di bandar......
6. Guru
Cemerlang/Role Model
·
Menepati masa
·
Berkarisma
·
Berdisiplin
·
Membina hubungan yang baik dengan pelajar di
waktu sekolah dan diluar waktu sekolah
·
Berpengetahuan luas
·
Menguasai mata pelajaran yang diajar
·
Menjalankan tugas dengan jujur
·
Berkomunikasi dengan baik
·
Mendengar dengan baik
·
Dapat memeberi penjelasan dengan baik kepada
pelajar
·
Cuba menjawab pertanyaan pelajar sebaik mungkin
·
Membina hubungan dengan masyarakat setempat
terutama ibu bapa pelajar
·
Membina hubungan baik antara guru-guru lain
serta kakitangan sekolah
·
Berpenampilan menarik / kemas / sopan
7. Induksi
dan Refleksi
·
Induksi adalah cara untuk memperkenalkan tajuk
P&P.......dilakukan oleh guru untuk menarik perhatian pelajar tentang tajuk
yang akan dipelajari......
·
Refleksi adalah untuk membuat penilaian tentang
tahap kefahaman pelajar seterusnya mendapat gambaran sama ada objektif
pembelajaran tercapai atau tidak........
8. Kokurikulum
·
Persatuan / kelab
·
Unit beruniform
·
Sukan
Dasar kerajaan berkaitan dengan Kokurikulum
·
Satu Murid Satu Sukan
Kepentingan Kokurikulum di Sekolah
·
Menyeimbangkan antara akademik dan kokurikulum
·
Selaras dengan kehendak FPK
·
Pelajar dapat menggunakan waktu yang terluang di
sebelah petang dengan baik
9. Penilaian
Sumatif dan Formatif
1
Sumatif
· pentaksiran pada peringkat
merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan
menguasai apa yang dipelajari ( pentaksiran tentang pembelajaran )
· dilaksanakan dengan guru
membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran
menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh
melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan
dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan
pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak
perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif
atau kualitatif.
2.
Formatif
· pentaksiran pada peringkat
pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran
(pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
·
bukan semata-mata kepada
membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor
malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan
aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama
murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala
sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila
dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu
bapa, guru besar atau nazir.
10. Budaya
Sekolah
·
Rutin yang berlaku di sekolah seperti pelajar
membawa buku ke sekolah
11. Wawasan
2020
·
Wawasan 2020 adalah matlamat kerajaan untuk
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
Format SPP baru
·
Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah
·
20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
·
20% (penyampaian)
·
30% (pengetahuan akademik/ikhtisas)
·
30% (pengetahuan isu2 semasa)
Tips sebelum temuduga
- ·
Pastikan segala dokumen penting disiapkan sehari
sebelum tarikh temuduga
- ·
Study smart bukan study hard
- ·
Buat nota ringkas, jangan baca karangan
- ·
Cuba faham apa yang dibaca bukan hafal apa yang
dibaca
- ·
Selalu berhubung dengan rakan ( guna FaceBook
jer ) untuk mendapat dan berkongsi maklumat
- ·
Cari maklumat berkaitan seawal mungkin
- ·
Tidur awal pada malam sebelum tarikh temuduga (
jangan tidur lewat )
- ·
Jangan terlalu berfacebook kerana akan mencuri
masa study ( hahahaha )
- ·
Ambil tahu isu-isu semasa terutama berkaitan
dengan pendidikan
- ·
Buang segala air ( melabur ) di rumah supaya
perut tidak meragam semasa temuduga
- ·
Pastikan bawa segala kelengkapan termasuk
dokumen penting ( double check supaya tidak tertinggal )
- · Pastikan pakaian telah disediakan pada malam
sebelum tarikh temuduga supaya tidak kelam kabut esok pagi
- ·
Banyak lagi....kongsi-kongsikanlah kalau ada
yer.....hehehe