Friday, February 17, 2012

Temuduga SPP, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu




image from : http://www.cuti.com.my/hotel/Hotelpages/Terengganu/KualaTerengganu/serimalaysia_kt.htm

Bertarikh 15 Februari 2012...pada hari rabu, pukul 9:30 am...bilik empat......bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu........Aku telah menghadiri temuduga yang dikendalikan oleh pihak SPP....Aku sampai dalam pukul 9:10....agak lewat berbanding kawan aku yang sudah tiba seawal 8:34 am lagi......Sampai sahaja aku di Hotel aku terus berjumpa denganya dan pergi ke bilik menunggu dan mendaftar.....Aku agak kelam kabut sedikit kerana ingin menyusun salinan sijil dan sijil asal termasuk MyCard dan juga Sijil Kelahiran mengikut susunan yang telah dinyatakan dalam surat senarai semak..........Setelah itu, aku telah mendaftar dan menunggu untuk ditemuduga bersama kawan-kawan aku yang lain......

Seperti biasa, perasaan berdebar mula menguasai diri, nafas mula tersekat di kerongkong......Kawan-kawan mula berbicara tentang soalan yang akan diajukan.....dan mereka mula berbincang....Aku hanya mendengar dan sesekali mencelah.......Tapi, aku lebih banyak bergurau.....untuk menghilangkan rasa rimas yang ada......Aku memang suka bergurau, tidak mengira tempat dan keadaan...Tapi aku rasa keadaan itu sesuai untuk bergurau untuk menghilangkan tekanan yang ada.....

Kadang-kadang mereka ini bercakap mengenai sesuatu yang tiada dalam persoalan yang akan timbul......Ini juga adalah salah satu cara untuk menangani stresssssss.....Cuba mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain.........

Setelah agak lama menunggu giliran kami tiba..... Akhirnya nama aku dipanggil dan diikuti oleh empat lagi nama kawan aku menandakan sudah sampai masa untuk kami berlima ditemuduga......Aku masih sempat bergurau.....hahahaha

Dalam perjalanan ke bilik 4....kami diberitahu bahawa penemuduga telah keluar untuk minum.....Jadi kami menunggu di hadapan bilik 4...... Aku berjalan ke sana....ke sini......tarik nafas panjang-panjang.......penemuduga kami seorang melayu dan seorang india dua-dua adalah lelaki........( perut aku dah mula rasa tak selesa....nasib lepas masuk ok )

Dalam 10 hingga 15 minit menunggu....Aku nampak mereka berjalan ke arah kami dan perasaan berdebar mula membuak-buak.....Aku harus bertenang.......kerana aku adalah calon pertama yang akan masuk....mengetuk pintu dan memberikan salam....dan disusuli kawan aku mengikut susunan........
Aku dah terangkan apa yang aku lakukan semasa tiba di Hotel Seri Malaysia.......Sekarang aku nak berikan beberapa soalan yang ditanya pada kami berlima yang masih aku ingat.......

Sebelum itu aku nak bagitahu cara terbaik untuk memulakan interview dengan baik.....
      1.       Masuk ke dalam bilik setelah dipanggil / dibunyikan loceng
      2.       Ketuk pintu dan berikan salam
      3.       Masuk dan berjalan dengan sopan
      4.       Berdiri di tempat masing-masing
      5.       Duduk apabila diminta oleh penemuduga
      6.       Duduk dengan sopan dan jangan bercakap
      7.       Sesi temuduga bermula setelah penemuduga memulakan

Setelah penemuduga memulakan sesi, aku sebagai calon pertama diminta untuk memperkenalkan diri....Jadi perkenalkan diri dengan ringkas ( setelah penemuduga melihat aku seperti tiada apa untuk diberitahu, penemuduga akan bertanya ) ....................Berikut merupakan antara soalan-soalan yang ditanya yang sempat aku simpan dalam memori ( otak ) aku.....

       1.       Rukun Negara
·         Kepercayaan Kepada Tuhan
·         Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
·         Kedaulatan Undang-undang
·         Keluhuran Perlembagaan
·         Kesopanan dan Kesusilaan

Dibawah adalah makna bagi setiap Prinsip Rukun Negara ( tidak ditanya dalam temuduga aku )
            *      Kepercayaan Kepada Tuhan
·         Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan
            *      Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
·         Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
            *      Kedaulatan Undang-undang
·         Patuh kepada undang-undang yang telah digubal supaya keamanan negara dicapai
            *      Keluhuran Perlembagaan
·         Melindungi hak dan keistimewaan warganegara
·         Menghormati, menghargai maksud dan latar belakang penggubalanya
            *      Kesopanan dan Kesusilaan
·        Sifat sopan santun dan tatasusila penting dalam mewujudkan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum


       2.       Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
·     Usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI )

       3.       JERI dalam FPK
Kami ditanya mengenai JERI dan makna JERI......Kami cuba menjawab dengan baik....Ini antara jawapan yang masih aku ingat yang diberikan oleh kami......ada kurang dan mungkin ada penambahan dari aku.....( kalau aku salah tolong betulkan dan aku akan kemaskini...terima kasih )
·   Jasmani = Pelajar bukan sahaja cerdas dalam bidang akademik, malah haruslah cergas anggota fizikal....
·         Emosi = Berkaitan dengan perasaan
·         Rohani = Sifat-sifat dalaman terutama nilai-nilai murni
·         Intelek = Pengetahuan

       4.       Pendidikan Seni di Sekolah
·         Matlamat pendidikan seni di sekolah adalah bertujuan untuk menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.......
·         Melahirkan golongan yang kreatif, inovatif, kritis
Ø  Kreatif = menghasilkan idea baru
Ø  Inovatif = mengubah idea lama ke idea baru
Ø  Kritis = berfikir secara lebih mendalam
·         Bertujuan mengenali budaya............
·  Subjek yang merentasi mata pelajaran lain seperti sains yang memerlukan kemahiran melukis......
·    Boleh bawa pelajar belajar di luar kelas untuk mendapat ilmu...contoh dalam tajuk jalinan, untuk menyatakan jalinan sentuh kepada pelajar seperti kulit pokok, guru boleh meminta pelajar untuk merasa sendiri jalinan sentuh........
·     Memerlukan BBM yang konkrit agar pemahaman pelajar lebih berkesan.....
·     Boleh mnggunakan ICT dalam menunjukkan sesuatu yang sukar diperolehi terutama berkaitan contoh karya.....video....tutorial....latihan.......
·     Seni dalam kehidupan seharian – manusia sentiasa memerlukan seni dalam kehidupan, bagi aku setiap insan yang dilahirkan ke atas dunia ini mempunyai seni di dalam diri masing-masing.....kerana setiap dari kita ingin kelihatan cantik / kacak...bergaya dan sebagainya yang melibatkan perasaan....dan perasaan itulah yang menimbulkan seni di dalam diri setiap individu.....( aku tak jawab yang ni..blank...huhuhu )
·       Setiap perkara yang dilakukan memerlukan seni dan itulah realiti yang perlu diterima kepada mereka yang mengkritik seni hanya lukisan.......seni bukan hanya lukisan..seni merangkumi segala aspek kehidupan......( malas nak membebel panjang-panjang, sampai sini je...haha / yang ni pun aku tak jawab....huhu...aku dah lupa apa yang aku jawab.... )
·         Ada lagi tapi aku dah lupa......kalau ada penambahan tolong kongsikan yer.....

       5.       PPSMBI

·       Isu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.......Isu yang utama adalah berkenaan Kajian yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang terlampau besar antara pencapaian pelajar luar banadar dengan pencapaian pelajar di bandar......

        6.       Guru Cemerlang/Role Model

·         Menepati masa
·         Berkarisma
·         Berdisiplin
·         Membina hubungan yang baik dengan pelajar di waktu sekolah dan diluar waktu sekolah
·         Berpengetahuan luas
·         Menguasai mata pelajaran yang diajar
·         Menjalankan tugas dengan jujur
·         Berkomunikasi dengan baik
·         Mendengar dengan baik
·         Dapat memeberi penjelasan dengan baik kepada pelajar
·         Cuba menjawab pertanyaan pelajar sebaik mungkin
·         Membina hubungan dengan masyarakat setempat terutama ibu bapa pelajar
·         Membina hubungan baik antara guru-guru lain serta kakitangan sekolah
·         Berpenampilan menarik / kemas / sopan

       7.       Induksi dan Refleksi
·         Induksi adalah cara untuk memperkenalkan tajuk P&P.......dilakukan oleh guru untuk menarik perhatian pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari......
·         Refleksi adalah untuk membuat penilaian tentang tahap kefahaman pelajar seterusnya mendapat gambaran sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak........

       8.       Kokurikulum
·         Persatuan / kelab
·         Unit beruniform
·         Sukan

            *      Dasar kerajaan berkaitan dengan Kokurikulum
·         Satu Murid Satu Sukan

            *      Kepentingan Kokurikulum di Sekolah
·         Menyeimbangkan antara akademik dan kokurikulum
·         Selaras dengan kehendak FPK
·         Pelajar dapat menggunakan waktu yang terluang di sebelah petang dengan baik

       9.       Penilaian Sumatif dan Formatif
1         Sumatif
·     pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari ( pentaksiran tentang pembelajaran )
·     dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.


2.       Formatif
·  pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
·         bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.


       10.   Budaya Sekolah

·         Rutin yang berlaku di sekolah seperti pelajar membawa buku ke sekolah

       11.   Wawasan 2020

·         Wawasan 2020 adalah matlamat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020

Format SPP baru
·         Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah
·         20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
·         20% (penyampaian)
·         30% (pengetahuan akademik/ikhtisas)
·         30% (pengetahuan isu2 semasa)

image from : http://interview-tips-for-success.blogspot.com/2011/10/group-interview-tips-and-etiquette.html

Tips sebelum temuduga
  • ·         Pastikan segala dokumen penting disiapkan sehari sebelum tarikh temuduga
  • ·         Study smart bukan study hard
  • ·         Buat nota ringkas, jangan baca karangan
  • ·         Cuba faham apa yang dibaca bukan hafal apa yang dibaca
  • ·         Selalu berhubung dengan rakan ( guna FaceBook jer ) untuk mendapat dan berkongsi maklumat
  • ·         Cari maklumat berkaitan seawal mungkin
  • ·         Tidur awal pada malam sebelum tarikh temuduga ( jangan tidur lewat )
  • ·         Jangan terlalu berfacebook kerana akan mencuri masa study ( hahahaha )
  • ·         Ambil tahu isu-isu semasa terutama berkaitan dengan pendidikan
  • ·         Buang segala air ( melabur ) di rumah supaya perut tidak meragam semasa temuduga
  • ·         Pastikan bawa segala kelengkapan termasuk dokumen penting ( double check supaya tidak tertinggal )
  • ·    Pastikan pakaian telah disediakan pada malam sebelum tarikh temuduga supaya tidak kelam kabut esok pagi
  • ·         Banyak lagi....kongsi-kongsikanlah kalau ada yer.....hehehe


3 comments:

  1. wah..good luck.. dah lama tak interview.hoho

    ReplyDelete
  2. ini iv untuk jd cg......SPP 2 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran....

    ReplyDelete