Wednesday, February 29, 2012

AKU SENTIASA BETUL walaupun SALAH !!!




Salam...dah lama rasanya aku tak update benda yang ada dalam otak ni......baru semalam ia muncul dalam kepada otak aku ni...jadi aku nk cakap sikit jer........Dah selalu sangat aku alami perkara kat bawah ni...."AKU SENTIASA BETUL walaupun SALAH"......

Ada manusia yang selalu beranggapan mereka selalu betul, semua yang dibuat / perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah benar.  Jika berbahas, langsung tidak memperdulikan idea orang lain......kerana beranggapan idea mereka adalah yang terbaik.........

Ada manusia lain pula sering menegaskan bahawa fakta yang diberikan adalah yang paling tepat walaupun ada percanggahan dengan fakta yang diketahui oleh orang lain....Pelbagai hujah diberi untuk mempertahankan kata-katanya walaupun ternyata ianya terpesong.........

Ada juga manusia yang sering ingin memperbetulkan "kerja " manusia lain dengan mengatakan "itu salah, begini baru betul" walaupun pada dasarnya dia langsung tidak pernah melakukan pekerjaan itu.......Namun sekiranya "kerja" dia diperbetulkan manusia lain, dia akan berkata "kerja aku, aku tahu macam mana nak melakukannya, jangan sibuk"


terjumpa pula page ni : I'm Always RIGHT

No comments:

Post a Comment