Tuesday, January 31, 2012

Akhirnya Berpintu Jua.....



Nak tahu apa yang berpintu????.....hehe....bilik-bilik di rumah aku la....selama ni memang tak pernah ada pintu sejak rumah ni siap dibina....tahun bila dah lupa...dalam tahun 97-98.....Mungkin dulu ayah aku tak pasang pintu ni sebab adik perempuan aku masih kecil lagi....sekarang dah besar dah...tak elok rasanya kalau biliknya tidak berpintu.....pengaliran udara juga bagus katanya...

Aku suka la juga bila dah berpintu ni...sebabnya bila ada orang datang ke rumah aku taklah mereka nampak aku terguling kat dalam bilik....hahaha.....apatah lagi kalau masa raya....semua sedara datang rumah buat macam rumah sendiri.....mereka-mereka ni memang tak akan duduk di ruang tamu...mereka akan ke bahagian dapur....dan dalam laluan ke dapur akan melalui bilik aku dan bilik abang dan adik perempuan aku....tak manis langsung kiranya ternampak aku membongkang kat tilam....hahahaha

Kat bawah ni aku tak letak pula gambar bilik aku....hahaha...bilik aku je yang pelik..buka pintu dan turun tangga untuk masuk ke bilik aku...naik tangga dan buka pintu jika nak keluar.....Agak menyusahkan sebenarnya......faham..haha...buat2 faham je la yea....hehe


Gambar kat atas ni bukan aku...tapi Pak Su aku....hehe...dia ni tukang rumah...Aku suka dengan hasil kerja tangan dia...teliti dan kemas jer....malah dia buat dengan cepat.....Aku sekadar tolong dia je....Walaupun aku pernah juga ambil kursus dalam bidang pertukangan ni ( perbuatan perabot, malah bertanding dalam kemahiran malaysia lagi..haha )


Inilah keadaan bila pintu dah siap dipasang....Nak kena syalek pula ni....hehehe




Monday, January 30, 2012

Aktiviti Mat Rempit dalam Kelas !!!





Buku matematik selalu menjadi mangsa "keganasan".....Dipenuhi dengan aktiviti yang tidak sihat seperti "merempit"....hahaha....Sekurang-kurangnya merempit dalam kelas ni tak ade la sampai boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain.....cuma mencederakan buku sahaja...hehehe




Only in School



Huruf yang Tertinggal ..... so sorry ......





Pada yang berkenaan aku minta maaf yea...hahaha.....dah tertinggal satu huruf.....



Kena Asah bagi Tajam lagi ni....


Nampaknya, masih belum menjadi lagi lukisan aku ni....walaupun saudara aku dah dapat cam sape....tapi ada lagi bahagian yang tak tepat......Banyak sangat beza dengan gambar sebenar....hahahaha....



NANO itu BOLOK....Awan dop Bolok...Awan Nano itu Hafiz...

HAHAHAHA....Aku ucap tahniah pada HAFIZ sebab dah menang AJL 26.......Aku tak kisah sape yang menang,,,,,,asalkan bukan YUNA.....( xfaham apa yang yuna nyanyi )...Suara Hafiz memang power.....Tahniah pada lagu  Awan NANO yang berjaya mencuit hati juri....


gambar dari  FB harian metro
Aku nak citer pasal perkataan NANO ni.....perkataan yang semakin dilupakan oleh masyarakat kampung.....Terutama generasi muda / kanak-kanak sekarang.....Tak sangka kat Johor pun ada menggunakan NANO...Aku ingat di Terengganu jer.....Korang tentu dah sedia maklum kan makna NANO....kan FBI dah terangkan.....hehehe

Contoh ayat "nano" dalam bahasa Terengganu ;
  1. nano la mung ning...........
  2. jangan wat nano gop.........
  3. mung nok gi mane nano ngat ea......
  4. dop leh arap budok nano ning.......
  5. guane mung ning nano ngat......
Kalu korang hebat..korang tambahla kat komen macam mana nak guna "nano"...hehehe

Apa pun apa yang dapat aku lihat....penggunaan "nano" lebih kepada perwatakan manusia.....tak pernah aku gunakan nano untuk merujuk kepada keadaan sekeliling seperti...keadaan yang berselerak.....Keadaan yang berselerak aku akan panggil "kuca hanya"...............


*jangan wat nano sini !!! hehe :)





Friday, January 27, 2012

Baby SUMO !!!

Ahli SUMO hanya bertarung kekuatan fizikal dalam gelanggang.....berbeza pula dengan budak-budak ni.....Mereka beradu siapa dulu akan menangis.....Mengikut logik akal, menangis dikira KALAH.....Tapi !!!!.....Dalam pertandingan ini, peserta yang menangis terlebih dahulu adalah PEMENANG.....hahaha...Jika dua-dua menangis pada masa yang sama...Pemenang ditentukan oleh kekuatan tangisan mereka....


Si Ibu sedang memegang anak kecil masing-masing untuk menyertai pertandingan "crying sumo"




Ahli Sumo akan memegang bayi tersebut semasa pertandingan dijalankan......




Ahli Sumo akan cuba untuk membuat bayi menangis........




Bila bayi tidak menangis...Individu bertopeng akan muncul untuk cuba membuat bayi tersebut menangis.....


*Acara ini telah dilangsungkan selama 400 tahun.....
*Menangis itu baik ???



sumber : dailymail


Only in Japan




Wednesday, January 25, 2012

Jangan "REPLY" dekat Shoutbox Sendiri !!!!



HAHA...Hari ni aku telah belajar sesuatu yang baru....Aku tak tahu sebelum ni...Aku ni masih belum mengerti dunia blog ni....

Aku terbaca satu entri kat blog mana ntah...dah lupa...blogger tu kata jangan balas kat shoutbox sendiri bila ada komen kat shoutbox kita......

Mulai hari niaku takkan buat lagi kesilapan ni...HAHAHAHA



Bahasa Rempit ????



Dah baca belum petikan kat atas ???....Faham????....Aku tahu ramai budak-budak bawah umur sekarang ni pakai bahasa ni....Pada firasat korang, bahasa apa ni?????

Aku baca pun aku dah rasa macam nak termuntah.....lebih teruk dari bahasa "baby"....

Ada orang gelar ini bahasa "rempit"....Mat rempit yang sengal kot cakap macam ni...HAHAHA.....Aku tak rasa pun mat dan minah rempit nak guna bahasa ni (kecuali matrempit sengal).......

Bagi aku ni bahasa lelaki yang nak jadi perempuan....langsung tak ada identiti....Ingatlah, bahasa mencerminkan bangsa...korang ni bangsa apa????


*tak tahan dia kutuk LIVERPOOL...YNWA


Only In Malaysia

Sedikit Permintaan Dari Aku untuk Ping Busuk



Maaf mengganggu....aku ni baru lagi dalam dunia blog ni....aku ada satu permintaan kecil jer...sebelum ni aku ada juga post entri "game"...tapi kat label tu tak ada "game"...jadi aku selalu letak santai atau informasi...Aku cuma nak minta tolong wujudkan "game"...itu je...

Terima Kasih...hehe


Football Manager - How to Score Goals From Corners

Entri kali ni aku nak tunjuk cara untuk dapatkan gol dari tendangan sudut......Dalam Football Manager ni banyak cara sebenarnya untuk dapatkan gol dari dari Corners Kick ni.....Kat sini aku nak kongsikan yang aku dah guna dan aku rasa ia agak berjaya.....ikut cara di bawah yea....


1st step....pergi kat "tactic" dan select "Edit set pieces"



Lepas tu akan keluar skrin ni....klik "next"



Kat sini pilih player yang akan ambil tendangan sudut.....Pilih yang rating paling tinggi untuk ambil....Contoh player seperti Gareth Bale dan Pastore....ramai lagi....hehe



Kat sini, set style tendangan sudut...pilih "near post" untuk "lesf side" dan "right side"....Set role untuk setiap player lain seperti yang aku dah set kan.......klik "next"...



Kat skrin lain jangan ubah apa-apa....cuma klik next sehingga jumpa skrin ni.....Dah jumpa skrin ni..maknanya dah siap...


*cari seorang Right Back yang bagus dalam heading, jumping dan strength.......jangan terlampau tinggi...lagi rendah bagus....lebih kurang 180....

*jangan harapkan kejayaan yang mendadak, kerana ia memerlukan masa untuk menejadi bagus....hehe...gunakan untuk satu musim dan lihat hasilnya.....


Tuesday, January 24, 2012

Football Manager - LIVERPOOL Tactics

Sebelum ke LIVERPOOL aku di BARCELONA......Aku dah capai banyak kejayaan  di Barca....Jadi, aku buat keputusan untuk berpindah club....Pada pertengahan musim aku berpindah ke Liverpool...Masa tu Team Barca belum tewas lagi...dan berada di tangga teratas liga....HAHAHA.....Kat bawah ni aku letak gambar semasa aku baru  sampai ke Liverpool dan setelah beberapa game aku sebagai manager.......hehehe


kedudukan team liverpool masa aku baru diambil sebagai menager

taktikal team liverpool

taktikal yang aku gunakan untuk Barcelona, dan sekarang untuk Liverpool

carta liga setelah beberapa perlawanan

perlawanan pertama aku ialah menentang Newcastle

dan ini perlawanan berikutnya


FIBOX ganti Shoutmix sebagai Shoutbox





Setelah Shoutmix menghentikan operasi percumanya.....Fibox adalah yang terbaik......setelah aku guna 2-3 shoutbox yang lain......

Bra yang Menggunakan Tenaga Solar


HAHA...orang Jepun ni memang kreatif la....Macam-macam diorang boleh fikir.....Agak-agak la..untuk lelaki tak ada ke????







Only in Japan.

Gaya Si Arnab di Tokyo rabbit fashion show












Sumber di Sini

Monday, January 23, 2012

TV Malaysia Online

HAHA...Jangan tak tahu...Aku dah letak widget dalam blog aku untuk tengok TV MALAYSIA......


*boleh la aku layan tv kat laptop je lepas ni.....hehe

Saturday, January 21, 2012

MALAYSIA menuju Negara BEBAS!!!! part 3


ISu semasa tidak penting lagi....Lebih baik aku pentingkan diri sendiri...Banyak faedahnya bila dah bebas ni...Memang aku "SOKONG" penuh jika Malaysia mengamalkan dasar bebas bersuara tanpa sekatan ni.....Selain baik untuk "kesihatan JIWA" ia baik juga untuk "keamanan MULUT dan JARI-JEMARI".......Sebelum apa-apa layan dulu video kat bawah ni......


"SAYA JIWA KOSONG, OTAK KAMI PENUH DENGAN PUISI POLITIK"

HAHA....Pilihlah mana satu korang dalam video kat atas tu.....Politik bagi aku kotor...Tak ada politik yang BERSIH.....Apa kaitan dengan negara bebas????....Tak tengok ke Video kat atas????....haha....

Mulut dah bebas untuk mengata apa-apa sahaja...Lagi teruk mengata sesama sendiri...sesama bangsa...sesama negara...depa duk tepuk tangan...."HAMPA SAMBUNG BERGADUH, MASALAH SELESAI SENDIRI"......

Ada satu benda yang akan muncul apabila dua manusia saling mengata sesama sendiri iaitu SYAITAN yang membawa FITNAH........

*kepada ahli politik...terima kasih kerana telah penuhkan otak aku dengan puisi politik....lebih baik kamu pergi tunaikan janji "KOSONG" yang dah lama menunggu untuk dijalankan.....









Matematik!!!!

Matematik untuk budak "BIJAK"....hehe

BINGO

SOS

TITIK
    


Aku memang tak minat dengan math ni....Buat pecah kepala otak aku je fikir....Korang tahu "game" apa kat atas ni....Baguslah kalau tahu...Budak-budak sekarang mungkin tak tahu.....

Tak perlulah aku tunjuk cara main....Benda tak elok tak perlu diajar....haha...


G Mapuh Mung!!!



Ditujukan KHAS untuk...........





Untuk mu Horley Methodist.....

Kenangan lalu....


Hanya TIGA perkara yang membuat aku rindukan tempat ni.

Mati itu Pasti....





Biarlah gambar yang memberitahu.........Mampukah gambar di atas bercerita kepada kamu.....



Friday, January 20, 2012

Leggings Lagi!!!!




No 1...Kat market pun dah ajar macam mana nak pakai legging bagi orang muslim.....Mana silapnya semua ini berlaku..

No 2...Penyanyi ini yang dulu begitu sopan pun dah mengajar peminatnya memakai legging.....Macam ni la dikatakan gadis massa...ikut peredaran trend.....

No 3...Peminat pun dah ikut dengan pilihan yang dibuat oleh No 1 dan No 2.......Perkembangan sihat!!!....Baru lah in-trend......

No 4...Dulu tak perlu pakai legging pun...Mungkin sekarang dah mula nk pakai legging...boleh tutup aurat....

No 5...Nak main air..so kena pakai macam ni....pakai tut..tut..tut jer....


*pilihlah mana-mana korang rasa betul....tapi aku rasa semua gambar kat atas tu tak betul....pilih la yang lain...kat Malaysia ni banyak lagi jenis pakaian yang sopan......




MALAYSIA menuju Negara BEBAS!!!! part 2

Hmmm.....Sekarang aku nak sambung apa yang aku dah tinggalkan untuk dua hari...hehehehe......Korang fikir apa lagi yang akan berlaku kiranya Kebebasan bersuara akan terjadi di Malaysia ni.......Kalau tak mahu fikir,,,,Baca je apa yang aku tulis.....

OK...Apa yang aku rasakan yang akan terjadi memang agak menyeronokkan....Terutama kepada golongan atau spesis manusia yang KELIRU IDENTITI......Tahu siapa golongan yang keliru identiti?????....LGBT 
( "lesbian, gay, bisexual, and transgender).......Sekarang pun aku dah dapat rasakan kehadiran mereka....Dan kehadiran mereka semakin serius....Mereka mahukan hak mereka...Mereka mula berani menyuarakan "PERASAAN" mereka.....KERANA APA????....Sudah tentu kerana ada pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk mendapatkan kebebasan bersuara.........

Sudah BEBAS BERSUARA,,,,,,Jadi mereka adalah BEBAS!!!!!....Tiada lagi SEGAN SILU.....Tiada lagi "SEMBUNYI-SEMBUNYI"....Semuanya akan tidak lagi terkawal....Mereka akan minta hak mereka seperti yang dimiliki oleh orang "NORMAL".....Fikirlah apa yang KITA dapat sekarang...Mereka juga mahukannya......Hmmmmmm.........APA yea?????


TAPI...ada juga yang bagusnya bila ada kebebasan bersuara ni.....MAKHAMAH tidak lagi menjatuhkan hukuman sesuka hati.....RAKYAT akan memberi peranan besar dalam menentukan keputusan makhamah....Bersalah atau tidak bukan lagi hak makhamah....Itu adalah hak rakyat untuk menentukannya....Rakyat berhak untuk MEMBANTAH kepurusan yang ditetapkan hakim....Rakyat akan mencuba segala jalan yang ada untuk menjatuhkan makhamah....


*Part 1
*Part 3


Wednesday, January 18, 2012

Aksi Perempuan Kantoi Tiru Gaya SUPERMAN!!!!!!

Suka tengok cerita SUPERMAN...tengok pula cerita NI......

HAHAHA.....Baca tajuk pn dah buat aku ketawa besar......Rupanya bukan Superman je yang pakai seluar dalam kat luar.....Perempuan pun suka pakai....( Lelaki tak ada pula yang pakai seluar dalam kat luar kecuali superman.....) Lagi HEBAT dari superman lagi!!!!.....Tengok gambar kat bawah ni....HAHA...CUN SANGAT!!!!!!!.........




HAHAHA......tengok gambar sebelah ni...CUN GILA.........Nak ke AWEK korang pakai macam ni.....AKU tak MAHU.....Tolak TEPI LA.......









Korang tengok pula gambar ni...KENAL????....Lantak la siapa pn......Aku suruh tengok "seluar" yang dia pakai.....Memang CUN habisssss........
                                                                                                 







HAHA....Gambar ni lagi power...seperti kata seorang bloger....Bontot kuda lagi cantik...HAHAHA....terbaik la bro....








Nak  tengok video????
Klik di  sini!!!


*harap kenalan aku dan korang semua  tak ada la yang pakai macam ni....HAHAHA


Dokumentari: Leggings Bukan Sejenis Seluar

MALAYSIA menuju Negara BEBAS!!!! part 1


Tiada apa dapat aku lakukan, hanya menanti saat dan ketika menjadi realiti.........Malaysia akan menjadi negara yang bebas....BEBAS APA?????.....Semuanya bermula dengan satu kebebasan iaitu kebebasan bersuara......YEA kebebasan yang bersuara yang melampau tanpa ada undang-undang yang mengawal bentuk kebebasan bersuara.......

PERCAYAKAH?????....Bila aku katakan kebebasan bersuara yang diinginkan akan memakan diri sendiri dan Negara.....Semua akan menjadi bebas sebebas-bebasnya....MALAYSIA akan menjadi negara yang huru-hara dan tidak terkawal lagi.....hahaha....MAHUKAH??????......

Cuba bayangkan, media massa digunakan untuk memperjuangkan sesuatu.....semuanya bebas untuk memperkatakan apa jua.....Tidak lagi berpihak kepada mana-mana pihak...Maka lahirlah MEDIA yang bebas......Dapatkah MEDIA yang bebas bertindak ADIL????.......Aku percaya..Jika media bebas, media akan terbabas dari landasan media sebenar.....Media kerajaan sudah tentu tetap ada...Tapi pertumbuhan media lain akan terus berkembang dengan pesat....KERANA APA?????......sudah tentulah kerana kebebasan bersuara.......

APA lagi yang akan terjadi.... Perkara yang paling popular dan menjadi kegilaan golongan tertentu sekarang... .DEMONTRASI JALANAN...... Demontrasi jalanan akan menggila di setiap pelusuk negara....SIAPA HARUS TAHAN MEREKA?????....... Tiada siapa yang boleh menahan mereka....KERANA APA?????..... Mereka lebih berkuasa daripada Pihak Berkuasa..... HAHAHAHA.......... .Pihak Berkuasa langsung tidak boleh menyentuh mereka.......Jika Disentuh...APA KATA MEREKA??????..... .Polis jahat!!!. Zalim!!! Anjing!!!! ....... Jadi untuk apa adanya POLIS ...... hahahaha .......Mungkin sanak saudara mereka tiada langsung yang berkhidmat dalam perkhidmatan yang berkaitan penguatkuasa......( dah-dah la bab demo..kalau nak citer xhabis der.....)



HAHA....Aku rasa yang paling teruk yang akan berlaku ialah FITNAH.... Sekarang tidak cukup lagikah dengan taburan-taburan fitnah, tuduhan melulu tanpa usul periksa...... Bebas bersuara, maka ikut suka la orang mahu bilang apa sekalipun, Itu HAK MEREKA....kerana apa???...Tiada siapa akan TERTANGKAP.....Sebab APA????..... Sebab dah tak ada undang-undang lagi yang boleh menghukum penabur fitnah.....


*Part 2
*Part 3