Monday, January 2, 2012

Hembusan Angin Malam.......

Aku teringatkan kisah lalu....kisah semasa aku kecil dahulu.....Masa itu aku masih belajar di sekolah rendah lagi.....Sebuah kisah di suatu malam yang aku masih ingat lagi.....Sebuah peristiwa yang berlaku di rumah arwah tok wan aku.......masa peristiwa ini terjadi dia masih hidup lagi.....Kisahnya bermula begini.......

sumber : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLB72kteZZ9Lu4k3fSgleMNxqGeRpcAe5XBkRbON2ABpvjGPsXGPEcHAh_rbV0Gs-RTfaAyS9df9nYY9qwBRqPZG0U520eE2vOHusvqR6Q8_p5htPV3xCijDEmCrDdI9e5_bKSSf_dymIe/s1600/angin-malam.jpg
gambar sekadar hiasan

Aku dengan keluarga aku tinggal di rumah nenek setelah ayah aku membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan nenek aku......Walaupun rumah lama kami tidak beberapa jauh...hanya selang dua buah rumah sahaja....Di rumah nenek aku  tidak merasa bezanya dengan rumah lama kami...kerana itulah tempat aku bermain dan membesar bersama kawan-kawan dan abang serta adik aku...........

Rumah ini rumah lama...biasalah rumah orang kampung....berdindingkan papan dan beratap bata......dan bersebelahan pula dengan kebun getah yang tidak terusik....yang menjadi tempat permainan aku dan seorang kawan aku....melastik burung...tupai...kadang-kadang biawak pun aku lastik.....tapi aku selalu kalah dengan dia.......

Begitulah aku semasa kecil.....pada malam hari pula aku hanya duduk di rumah menonton televisyen bersama keluarga.....aku biasanya akan tidur di runag tamu di depan tv dengan adik dan abang aku......nenek aku tidur di bilik dia....manakala mak dan ayah aku pula tidur di bilik lain.....

Pada suatu malam....yang aku tidak akan lupakan.....sesuatu telah berlaku....hujan turun dengan lebatnya....mungkin masa itu musim tengkujuh seperti sekarang......Pada malam itu, aku dengan abang aku tidur di dalam bilik nenek aku.....nenek aku pergi ke rumah kakaknya.....Aku tidur seperti biasa tanpa merasa apa-apa yang pelik......

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur....bukan kerana hujan yang lebat....Tetapi kerana aku merasa sesuatu.......seperti ada angin yang sedang bertiup di atas kepala aku....seperti seseorang sedang menghembuskan angin ke arah kepala aku......aku hanya tidak mengendahkannya.....dan aku tertidur........

Setelah aku sudah tertidur...aku sekali lagi terjaga....aku takut apabila melihat abang aku telah tiada di tepi aku.....dan aku terasa angin itu masih ada mengganggu aku......aku takut untuk tidur.....dan aku terus bangun dan mendapatkan ayah aku yang tidur di ruang tamu.....abang aku juga ada di sana........aku terus tidur di situ sehingga pagi.......

No comments:

Post a Comment