Saturday, January 14, 2012

Kenapa Malam???



Ini bukannya cerita 18sx dan tiada langsung bahagian sedemikian dalam blog ini.  Apa yang hendak aku nyatakan adalah kenapa Malam?....Kenapa aku suka memilih waktu malam untuk menulis, meluahkan pendapat dan sebagainya.  Dalam aku mahu mencari gambar tadi aku type la kat google "malam" dan bermacam-macam malam yang keluar.  Nak tahu malam apa, cuba la sendiri.  Haa...dah tahu belum...hehehe

Baiklah, malam adalah merupakan saat yang paling sunyi dan paling lama waktunya.  Tapi waktu yang betul-betul sunyi sepi hanya bermula pada pukul 10 @ 11 pm (jika kat bandar-bandar besar tiada waktu yang sunyi...kesian..haha)....

Bila keadaan dah sunyi, banyak idea akan muncul kerana pelbagai emosi dan kekacauan perasaan yang timbul dalam pemikiran yang mengganggu waktu tidur.  Jadi, masa inilah harus digunakan untuk menulis blog.  Idea tengah banyak, mestilah dikeluarkan sebelum tidur.  Jika tidak dikeluarkan, aku risau ia akan hilang esok pagi....

Tapi, aku seram juga bila menulis pada waktu malam terutama masa menulis tentang entri yang seram.  Rumah aku ni ada gangguan tapi tak pernah aku kena gangguan yang serius seperti abang dan adik aku,  masa aku ada, tak ada pula gangguan...hmmmmm

Sudah-sudahlah dengan 'malam' kat google.  Perkara itu memang terhangat dipasar, laju je habis kalo jual....Banyak lagi malam yang boleh dibincangkan seperti malam jumaat...haha....

No comments:

Post a Comment