Aku dah lama tidak berkenan dengan FAM ni terutama HAMIDIN. Pada firasat aku, dia merupakan makhluk yang sombong, angkuh, dan tidak layak duduk di kerusi FAM. Dah terlalu banyak onar yang dilakukan olehnya. Terbaru mengenai isu pemain import Terengganu yang tidak dibenarkan bermain. Semuanya salah FAM, tetapi FAM dengan sombongnya menyatakan PBSNT telah silap dalam membuat tafsiran dengan syarat yang ditetapkan dalam surat pekeliling.
Presiden PBSNT pula dengan bodohnya bersetuju dengan pandangan MIDIN (bukan pucuk midin..haha) dengan alasan tidak mahu memperbesarkan kes. Presiden PBSNT iaitu DCMJ seperti lepas tangan selepas FAM tidak membenarkan pemain import Terengganu beraksi pada musim ini sehingga pendaftaran kedua dibuka pada April nanti. Perkara ini telah dipandang serius oleh MB Terengganu Ahmad Said (lebih dikenali sebagai mat said).
MB Teengganu kemudiannya telah merujuk perkara terbabit kepada peguam negeri dan setelah penelitian dilakukan, terdapat kecuaian FAM tentang tarikh sebenar pendaftaran pemain import. Jadi ternyata bahawa FAM bersalah, namun MIDIN dengan angkuhnya berkata tidak akan tunduk dengan ugutan MB Terengganu. MB terengganu mendesak supaya pemain import yang telah digaji oleh PBSNT dibenarkan beraksi, dan akan menyaman FAM sekiranya FAM terus bodoh mempertahankan kesalahan sendiri (MIDIN cuba menegakkan benang yang basah). dan MB Terengganu akan bertindak untuk menarik dua pasukan Terengganu iaitu Terengganu FC dan T-Team daripada bersaing dalam liga musim ini. Malah tidak kisah jika FAM menggantung Terengganu walaupun selama 10 tahun.
Setelah didesak dan perbincangan yang lama, FAM akhirnya mengalah dan telah membuat keputusan untuk membenarkan pemain import didaftarkan semula bagi pasukan yang berniat untuk mendaftar pemain import mereka. Tetapi, FAM menegaskan tiada tekanan daripada mana-mana pihak dalam membuat keputusan terbabit. Baca petikan dibawah ;
SELEPAS dikritik hebat pelbagai pihak mengenai isu pengambilan pemain import, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya bersedia berlembut apabila membuat keputusan mengejut, melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import hingga 13 Februari ini.
Bagaimanapun badan induk bola sepak tanah air itu menegaskan, keputusan mereka membuat ‘pusingan U’ selepas bertegas tidak mahu melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pemain import Liga Malaysia 2012 (Liga-M) pada 8 Disember lalu, bukan dibuat atas tekanan mana-mana pihak.
Aku tergelak sendiri melihat akhbar hari ini, sakit hati dengan kesombongan pihak FAM yang tidak tahu malu dan tidak meminta maaf atas kesilapan mereka sendiri, malah masih menyalahkan PBSNT.
“Perbincangan ini dilakukan demi kepentingan bola sepak dan bukannya atas tekanan kepada jawatankuasa ini. Kami memutuskan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 13 Februari. “Semua pasukan boleh mendaftar pemain dalam tempoh sebulan namun perlu melalui TMS (Sistem Pemadanan Perpindahan) yang diperkenal Fifa serta peraturan FAM yang ditetapkan sebelum ini,”
Haha, tindakan ini dilakukan atas kepentingan bola sepak dan bukan atas tekanan terhadap FAM. Satu lagi penjelasan yang tidak munasabah dikeluarkan oleh FAM. Jika tiada tekanan dari MB Terengganu, semua ini tidak akan berlaku dan bagaimana mereka boleh menafikan adanya tekanan. FAM tidak akan berganjak sekiranya mereka tidak bersalah, bila dah bersalah keluarlah alasan yang pelik dari mereka.
Ketika ditanya mengenai tindakan menarik diri dan menyaman FAM oleh Ahmad, Hamidin berkata: “Kami tidak bincang perkara itu, kami hanya membincangkan rayuan setiap pasukan.” Menurutnya, selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Vetting, pemain import yang didaftar boleh beraksi dalam tempoh terdekat.
SAMAN FAM. Seperti yang dikatakan oleh MB Terengganu, beliau ingin mendakwa FAM di makhamah atas kesilapan FAM dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh FAM. Inilah yang ditakuti oleh mereka sebenarnya, dan atas sebab inilah mereka bermesyuarat dan membenarkan pemain import didaftarkan semula, Malah melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 13 Feb.
RAYUAN SETIAP PASUKAN. Tidak pula aku mendengar rayuan daripada pihak lain melainkan dua negeri sahaja iaitu NS9 dan Terengganu. Sedangkan sebelum ini FAM menyatakan tidak akan melayang sebarang rayuan berhubung pemain import. Nampaknya sekarang mereka menjilat ludah mereka sendiri (tindakan yang sempurna oleh FAM).
PERSOALANNYA. Adakah FAM terdesak untuk menutup isu-isu lain yang mula terbongkar. Dimanakah ketelusan pemimpin dalam FAM dalam menjalankan tugas. Jangan anak tirikan persatuan bola sepak lain hanya untuk menjaga ANAK EMAS mereka.
CADANGAN. Sepatutnya pemimpin dalam persatuan bola sepak negeri tidak terlibat dengan FAM. Ini kerena, ia akan menyebabkan BIAS terhadap pasukan negeri. Sebab itulah timbulnya ungkapan ANAK EMAS FAM. Pilihlah pemimpin yang benar-benar berkaliber dan layak untuk memimpin FAM.
HARAPAN. Ingin lihat FAM bebas dari politik dan BEBAS sepenuhnya dari Kerajaan. SWASTAkan FAM. Beri kepada Badan Bebas untuk menguruskan FAM.
*berita penuh FAM "berlembut"
No comments:
Post a Comment